GADGETS
Apple dilapor uji sistem Face ID bawah skrin untuk iPhone 18
Apple sedang menguji sistem Face ID baharu yang meletakkan kamera dan sensor imbasan 3D di bawah skrin untuk iPhone 18. -Amanz
SEJAK Face ID diperkenalkan menerusi iPhone X, ramai merungut takuk yang besar membuatkan skrin kelihatan buruk.
Ringkasan AI
- Apple sedang menguji sistem Face ID baharu yang meletakkan kamera dan sensor imbasan 3D di bawah skrin untuk iPhone 18.
- Sistem ini juga dipercayai akan digunakan pada iPhone boleh lipat pertama Apple yang dijangka tiba dalam masa dua tahun.
- Walaupun ujian telah dimulakan, tidak bermakna sistem Face ID bawah skrin akan digunakan pada peranti yang dijual kelak kerana teknologi mungkin belum cukup matang.
Tetapi seperti biasa ia kemudian menjadi ikutan pengeluar Android dan majoriti pengguna iPhone kini tidak lagi peduli mengenai takuk yang besar.
Takuk telah digantikan dengan lubang besar tetapi kini muncul laporan sistem Face ID baharu sedang dibangunkan untuk diletakkan di bawah skrin.
Ura-ura muncul dari China mengatakan sistem Face ID yang meletakkan kamera dan sensor imbasan 3D di bawah skrin sedang diuji untuk iPhone 18.
Ini akan sekali gus melupuskan lubang kamera besar yang digunakan sekarang.
Sistem ini juga dipercayai dibangunkan untuk iPhone boleh lipat pertama Apple yang dijangka tiba dalam masa dua tahun sahaja lagi.
Pelancaran iPhone dengan sistem Face ID bawah skrin telah diramalkan tiba sejak 2021 selepas kamera bawah skrin mula digunakan pengeluar China.
Pada waktu ini kesemua sistem kamera bawah skrin seperti pada peranti Red Magic dan Z Fold masih lagi tidak menawarkan kualiti gambar yang memuaskan.
Walaupun ujian telah dimulakan oleh Apple, tidak bermakna sistem Face ID bawah skrin akan digunakan pada peranti yang dijual kelak.
Apple terkenal dengan tabiat memfailkan paten pelbagai inovasi tetapi tidak menggunakannya pada peranti sebenar kerana teknologi dirasakan belum cukup matang. -Amanz