awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple iPhone, iPad dan Vision Pro kini boleh dikawal dengan implan otak

Amanz
Amanz
14/05/2025
10:00 MYT
Apple iPhone, iPad dan Vision Pro kini boleh dikawal dengan implan otak
Implan Stentrode diletakkan di pembuluh darah leher dan tidak perlu disambung terus ke otak, serta membolehkan pesakit strok, ALS dan kecederaan saraf tunjang mengakses ciri ketercapaian Apple secara natif. -Amanz
IMPLAN otak setakat ini berjaya mengembalikan kemampuan bercakap kepada mangsa strok dan membolehkan insan lumpuh berjalan semula.

Ringkasan AI
  • Implan otak kini berjaya membantu mangsa strok bercakap semula dan membolehkan individu lumpuh berjalan, walaupun teknologi ini masih di peringkat rintis.
  • Synchron menjadi syarikat pertama menyokong format BCI Human Interface Device (BCI HID) Apple, membolehkan pengguna implan Stentrode mengawal iPhone, iPad dan Vision Pro hanya dengan berfikir.
  • Implan Stentrode diletakkan di pembuluh darah leher dan tidak perlu disambung terus ke otak, serta membolehkan pesakit strok, ALS dan kecederaan saraf tunjang mengakses ciri ketercapaian Apple secara natif.

Teknologi masih lagi di peringkat rintis dan kini implan otak secara rasminya disokong pada Apple iPhone, iPad dan Vision Pro.
Syarikat implan otak Synchron mengumumkan mereka adalah syarikat pertama menyokong format BCI Human Interface Device (BCI HID) yang diumumkan oleh Apple semalam.
Menerusi sokongan BCI HID, mereka yang mempunyai implan Synchron Stentrode boleh mengawal iPhone, iPad dan Vision Pro dengan hanya berfikir.
Stenrode telah dibangunkan Synchron sejak 2016 dengan ia membolehkan implan membaca isyarat neural otak dibaca tanpa ia perlu disambungkan terus ke otak seperti yang dilakukan oleh Neuralink.
Sebaliknya ia hanya perlu diletakkan di pembuluh darah leher pesakit.
Isyarat neural otak yang dikesan oleh implan Stentrode oleh Synchron akan disokong secara natif pada peranti Apple.
Ini secara tidak langsung membolehkan bukan sahaja mangsa strok tetapi pesakit ALS dan individu dengan kerosakan saraf tunjang boleh mengakses kesemua ciri ketercapaian (accessability) yang telah diperkenalkan Apple pada sistem operasi mereka sebelum ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#implan otak
#mangsa strok
#Synchron
#Implan Stentrode
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan