GADGETS

Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang

Amanz 02/01/2026 | 05:40 MYT
Senarai vintaj terkini termasuk MacBook Air 13-inci, Apple Watch Series 5, dan iPhone 11 Pro. -Foto Amanz
APPLE mempunyai senarai produk yang dikategorikan sebagai usang, iaitu selepas sesuatu produk tidak lagi dipasarkan untuk tempoh lebih lima tahun.


Ringkasan AI
  • Apple mengemas kini senarai produk usang, memudahkan pengguna mengenal pasti sokongan produk.
  • Senarai vintaj terkini termasuk MacBook Air 13-inci, Apple Watch Series 5, dan iPhone 11 Pro.
  • Pengguna yang berminat dengan produk tersebut dinasihatkan untuk menyemak penamatan sokongan terlebih dahulu.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Langkah ini sekali gus memudahkan pengguna mengenal pasti sama ada produk mereka masih disokong atau sebaliknya.

Terbaharu, Apple mengemas kini senarai vintaj dengan beberapa produk baharu.

Antaranya ialah MacBook Air 13-inci terakhir yang dikuasakan oleh cip Intel, sebelum siri berkenaan beralih kepada cip Apple M tersendiri.

Selain itu, Apple Watch Series 5 dan iPhone 11 Pro turut ditambah dalam senarai berkenaan.

Justeru, jika anda berhasrat membeli model-model ini dalam masa terdekat, sebaiknya semak terlebih dahulu dan bersedia dengan penamatan sokongan untuknya. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa tujuan Apple mengemas kini senarai produk usang mereka?
    A: Apple mengemas kini senarai produk usang untuk memudahkan pengguna mengenal pasti sokongan produk mereka.
  • Q: Apa produk terkini yang dimasukkan dalam senarai vintaj Apple?
    A: Produk terkini dalam senarai vintaj Apple termasuk MacBook Air 13-inci, Apple Watch Series 5, dan iPhone 11 Pro.
  • Q: Apa nasihat utama untuk pengguna yang berhasrat membeli produk dalam senarai vintaj terkini?
    A: Pengguna dinasihatkan untuk menyemak penamatan sokongan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.



#Apple #produk usang #vintaj #MacBook Air 13-inci #iphone 11 pro