Ringkasan AI
- Apple memulakan program gantian dan baik pulih untuk pengguna iPhone 14 Plus yang menghadapi masalah dengan kamera belakang.
- Masalah ini melibatkan peranti yang dikeluarkan antara April 2023 hingga April 2024.
- Pengguna boleh menyemak kelayakan peranti mereka melalui laman sehenti Apple dan membuat janji temu untuk baik pulih atau mendapatkan bayaran balik jika sudah melakukan baik pulih.
Apple mengatakan sejumlah kecil pengguna iPhone 14 Plus akan tidak paparkan pralihat apabila menggunakan kamera belakang.
Apple mengatakan mereka mengenal pasti peranti yang terlibat adalah keluaran antara April 2023 sehingga April 2024.
Bagi anda yang menggunakan iPhone 14 Plus, anda boleh semak sama ada peranti anda terlibat dengan program gantian dan baik pulih ini atau sebaliknya melalui laman sehenti yang disediakan oleh Apple.
Sekiranya peranti anda terlibat dengan masalah ini, anda boleh memulakan langkah seterusnya seperti membuat janji temu untuk baik pulih.
Di samping itu, sekiranya anda telah mengenal pasti masalah ini sebelum ini, dan telah melakukan baik pulih, pihak Apple turut menawarkan bayaran balik untuknya. -Amanz