GADGETS
Apple nafi App Store pilih kasih seperti didakwa Elon Musk

Apple menafikan dakwaan tersebut, menyatakan App Store direka untuk adil dan bebas berat sebelah dengan sistem penemuan aplikasi berdasarkan kriteria objektif. -Gambar fail
SEMALAM Elon Musk mendakwa Apple tidak adil kepada X dan Grok kerana ia tidak dimasukkan ke dalam senarai aplikasi perlu di App Store sehingga mengugut untuk mengheret mereka ke mahkamah.
Ringkasan AI
- Elon Musk mendakwa Apple tidak adil kerana tidak menyenaraikan aplikasi X dan Grok dalam senarai utama App Store, dan mengugut tindakan undang-undang.
- Apple menafikan dakwaan tersebut, menyatakan App Store direka untuk adil dan bebas berat sebelah dengan sistem penemuan aplikasi berdasarkan kriteria objektif.
- Pertelingkahan antara Musk dan Sam Altman semakin memuncak di X, dengan saling tuduh-menuduh mengenai manipulasi algoritma dan kepakaran dalam pembangunan aplikasi AI.
“App Store direka bentuk untuk bersikap adil dan bebas daripada berat sebelah.
"Kami menampilkan beribu-ribu aplikasi melalui carta, pengesyoran algoritma, dan senarai susun atur yang dipilih oleh pakar menggunakan kriteria objektif.
"Matlamat kami adalah untuk menawarkan penemuan selamat untuk pengguna dan peluang berharga untuk pembangun, bekerjasama dengan ramai untuk meningkatkan keterlibatan aplikasi dalam kategori yang berkembang pesat.”
Sementara itu, pertelingkahan Elon Musk dengan OpenAI menjadi semakin hangat semalam selepas beliau dan Sam Altman berperang mulut pula di X.
Altman mengatakan dakwaan Musk tidak masuk akal kerana aplikasi DeepSeek berjaya memintas ChatGPT di carta App Store selepas dilancarkan tahun ini.

Pada waktu yang sama Altman berkata Musk sendiri dibuktikan memanipulasi algoritma Twitter untuk menjadikan ciapan beliau lebih popular.
Berang dengan ciapan Altman, Musk menuduh CEO OpenAI berbohong kerana ciapan yang memulakan perang mulut ini mencapai 3 juta pengguna X sedangkan jumlah pengikut Musk adalah 50 kali lebih tinggi.
Altman kemudian 'membakar' Musk dengan mengatakan beliau gagal kerana “tidak cukup kepakaran” dan memerlukan bot untuk meningkatkan jumlah pengikut. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami