GADGETS
Apple perkenal aplikasi Games – Hab setempat permainan pada iPhone, iPad
Apple memperkenalkan aplikasi baharu bernama Apple Games sebagai hab setempat untuk permainan di iPhone dan iPad. -Amanz
APPLE pada acara WWDC 2025 hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi baharu dinamakan Apple Games.
Ringkasan AI
Melaluinya, ia menjadi sebuah hab setempat untuk perkara melibatkan permainan, di iPhone dan iPad.
Apple Games mengintegrasikan penyenaraian permainan daripada App Store, disamping turut menawarkan ciri sosial seperti cabaran bersama rakan dan juga tangga kedudukan.
Apple Games turut menyertakan sebuah halaman khusus untuk Apple Arcade.
Dengan langkah ini, Apple dilihat ingin memudahkan lagi akses kepada pelbagai permainan mudah alih di iPad dan juga iPhone.
Aplikasi Apple Games ini akan hadir secara terbina melalui iOS 26 dan iPadOS 26 kelak. -Amanz
Ringkasan AI
- Apple memperkenalkan aplikasi baharu bernama Apple Games sebagai hab setempat untuk permainan di iPhone dan iPad.
- Aplikasi ini mengintegrasikan senarai permainan dari App Store, ciri sosial seperti cabaran bersama rakan, tangga kedudukan, dan halaman khusus untuk Apple Arcade.
- Apple Games akan hadir secara terbina dalam iOS 26 dan iPadOS 26 bagi memudahkan akses kepada permainan mudah alih.