[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu Dijatuhkan Hukuman Penjara – Ikuti Perkembangan di Sini!
GADGETS

Apple pintas Microsoft sebagai syarikat dengan nilai pasaran kedua tertinggi

Amanz 31/10/2025 | 05:15 MYT
Apple memintas Microsoft sebagai syarikat dengan nilai pasaran tertinggi dunia selepas peningkatan pendapatan suku lalu, mencecah $4.027 trilion. -Foto Amanz
APPLE pagi ini memintas Microsoft sebagai syarikat dengan nilai pasaran tertinggi di dunia.


Ringkasan AI
  • Apple memintas Microsoft sebagai syarikat dengan nilai pasaran tertinggi dunia selepas peningkatan pendapatan suku lalu, mencecah $4.027 trilion.
  • NVIDIA yang sebelum ini bernilai $4.939 trilion kehilangan status $5 trilion selepas sahamnya merosot.
  • Apple, Microsoft dan NVIDIA menjadi syarikat pertama capai nilai pasaran $4 trilion tahun ini, walaupun pasaran bergolak akibat pengumuman Tarif Trump pada April.


Peningkatan saham selepas Apple mengumumkan peningkatan pendapatan pada suku lalu membolehkan ia mencapai nilai $4.027 trilion meletakkan di belakang NVIDIA yang kini bernilai $4.939 trilion.

Status NVIDIA sebagai syarikat dengan nilai pasaran $5 trilion juga lesap selepas saham mereka kembali turun.

Tahun ini melihat Apple, Microsoft dan NVIDIA menjadi syarikat pertama berjaya mencapai nilai pasaran $4 trilion.

Sungguhpun begitu juga ia adalah tahun yang cukup bergolak disebabkan oleh pengumuman Tarif Trump pada April yang menyebabkan saham puluhan syarikat jatuh mendadak semalaman. -Amanz





#Apple #Microsoft #NVIDIA #syarikat dengan nilai pasaran tertinggi