GADGETS
Apple rancang lancar cermin mata pintar menjelang 2026 - Laporan
Apple merancang untuk melancarkan cermin mata pintar menjelang akhir tahun 2026, menurut laporan Bloomberg News pada Khamis.
CALIFORNIA: Apple merancang untuk melancarkan cermin mata pintar menjelang akhir tahun 2026, menurut laporan Bloomberg News pada Khamis.
Langkah ini merupakan usaha terbaharu gergasi teknologi itu untuk mempelbagaikan rangkaian produknya serta meningkatkan permintaan terhadap peranti berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Menurut laporan itu yang memetik sumber terdekat, Apple dijangka memulakan pengeluaran prototaip berskala besar bersama pembekal luar negara menjelang hujung tahun ini.
Setakat ini, Apple belum memberikan sebarang maklum balas kepada permintaan komen daripada Reuters.
Usaha Apple ke dalam kategori peranti boleh pakai di wajah hadir selepas sambutan hambar terhadap set kepala Vision Pro, yang dikritik kerana harga yang terlalu tinggi dan kekurangan ciri AI.
Cermin mata pintar Apple itu dijangka bersaing secara langsung dengan Ray-Ban Smart Glasses keluaran Meta, syarikat induk Facebook, yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
Dalam perkembangan lain, laporan itu turut mendedahkan bahawa Apple telah membatalkan rancangan untuk menghasilkan jam tangan pintar yang dilengkapi kamera dan keupayaan menganalisis persekitaran. Syarikat itu sebelum ini merancang untuk memperkenalkan Apple Watch dengan kamera terbina menjelang 2027, namun pembangunan peranti tersebut telah dihentikan. - Agensi