[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
GADGETS

Apple rancang pembaharuan drastik pada iPhone baharu sempena ulang tahun ke-20

Amanz 07/04/2025 | 04:00 MYT
Apple merancang pembaharuan drastik pada iPhone untuk ulang tahun ke-20, termasuk rekaan baharu dan iPhone boleh lipat. -Gambar fail/Reuters
APPLE memperkenalkan iPhone secara rasminya pada tahun 2007, dan kini ia hampir mencapai 20 tahun sejak diperkenalkan.

Ringkasan AI
  • Apple merancang pembaharuan drastik pada iPhone untuk ulang tahun ke-20, termasuk rekaan baharu dan iPhone boleh lipat.
  • Model Pro edisi ulang tahun ke-20 mungkin menggunakan rekaan kaca sepenuhnya.
  • Tahun ini, Apple akan memperkenalkan iPhone 17 Air dengan rekaan peranti yang nipis.

Seiring dengan itu, kini Apple dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan pembaharuan drastik pada iPhone untuk menyambut ulang tahun tersebut.
Untuk ulang tahun ke-20 tersebut, Apple merancang bukan sahaja rekaan baharu iPhone, tetapi juga pengenalan iPhone boleh lipat sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.
Selain itu, Apple dikatakan turut ingin menggunakan rekaan kaca sepenuhnya pada model Pro bagi edisi ulang tahun ke-20 ini.
Menuju ke arah tersebut, pada tahun ini, Apple akan bereksperimen dengan rekaan peranti yang nipis di bawah nama iPhone 17 Air.
Apple sering memperkenalkan iPhone baharu sekitar September, dan kita boleh saksikan pengenalan iPhone 17 sekitar tempoh tersebut. -Amanz
#Apple #iPhone boleh lipat #iPhone 17 Air #rekaan kaca