GADGETS
Apple saman bekas kakitangan didakwa serah rahsia Apple Watch kepada Oppo
Apple menyaman bekas jurutera Chen Shi kerana mencuri 63 fail rahsia teknologi Apple Watch sebelum berpindah ke Oppo. -Gambar fail/Amanz
APPLE menyaman seorang bekas kakitangan yang mencuri rahsia teknologi Apple Watch yang kemudiannya diserahkan kepada Oppo.
Ringkasan AI
Apple turut mendakwa tindakan perisikan perindustrian yang dilakukan oleh bekas kakitangan ini telah digalakkan oleh Oppo.
Saman difailkan di California ke atas Chen Shi yang dahulunya memegang jawatan sebagai jurubina sistem sensor di Apple antara Januari 2020 hingga Jun 2025.
Ini membolehkan beliau mengakses dan melihat pembangunan teknologi baharu yang dibangunkan untuk Apple Watch.
Shi memberitahu Apple ingin pulang ke China untuk menjaga ibu bapa yang sudah berusia.
Beliau tidak berkongsi maklumat beliau menerima tawarkan pekerjaan di Oppo dan kini mengetuai pasukan pembangunan sistem sensor syarikat yang berpangkalan di Shenzhen.
Tiga hari sebelum berhenti daripada Apple, Shi memuat turun 63 fail daripada folder Apple ke dalam pemacu USB.
Kemudian beliau melakukan carian di internet bagaimana memadam MacBook dan sama ada tindakan melihat fail daripada pemacu yang dikongsi boleh dikesan oleh orang lain.
Sebuah mesej kemudiannya dihantar Shi kepada Oppo mengatakan beliau akan mengumpul maklumat sebanyak yang mungkin.
Tahun ini Apple memfailkan saman ke atas peniris maklumat terkemuka Jon Prosser yang mendedahkan rahsia iOS 26 dan juga bekas kakitangan yang mencuri rahsia Vision Pro sebelum berpindah ke Snap. -Amanz
Ringkasan AI
- Apple menyaman bekas jurutera Chen Shi kerana mencuri 63 fail rahsia teknologi Apple Watch sebelum berpindah ke Oppo.
- Shi didakwa memuat turun fail ke pemacu USB dan menghantar mesej kepada Oppo bahawa beliau akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin.
- Kes ini menambah kepada siri tindakan undang-undang Apple terhadap kebocoran maklumat, termasuk kes melibatkan Vision Pro dan Jon Prosser.