[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
GADGETS

Apple saman peniris maklumat terkemuka

Amanz 19/07/2025 | 06:40 MYT
Apple mendakwa Prosser dan Michael Ramacciotti mencuri maklumat dengan mengakses peranti kakitangan Apple tanpa kebenaran. -Amanz
JON Prosser ialah antara peniris maklumat berkenaan Apple yang cukup prolifik.


Ringkasan AI
  • Jon Prosser disaman oleh Apple kerana meniriskan tiga rahsia iOS baharu termasuk antara muka Liquid Glass, aplikasi kamera dan pemesejan.
  • Apple mendakwa Prosser dan Michael Ramacciotti mencuri maklumat dengan mengakses peranti kakitangan Apple tanpa kebenaran.
  • Saman bertujuan menghalang kebocoran lanjut dan melindungi ciri baharu daripada ditiru oleh pesaing.


Awal tahun ini beliau berkongsi konsep antara muka baharu yang dipercayai akan digunakan pada iOS 19 yang kemudian dinamakan sebagai iOS 26.

Hari ini beliau telah disaman oleh Apple kerana meniriskan maklumat tersebut.

Tiga rahsia Apple yang ditiriskan ialah rekaan semula antara muka Liquid Glass, aplikasi kamera dan aplikasi pemesejan.

Selain Prosser, seorang lagi individu Michael Ramacciotti turut dinamakan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Apple.

Apple mendakwa Prosser dan Ramacciotti mengakses peranti milik seorang kakitangan Apple untuk mencuri rahsia sistem operasi baharu yang sedang dibangunkan.

Berdasarkan maklumat yang berjaya dicuri, imej pengolokan telah dihasilkan oleh Prosser sebelum ditiriskan.

Saman difailkan bagi memastikan lebih banyak rahsia syarikat tidak ditiriskan ke arena web dan meminta ganti rugi.

Dalam ciapan yang dihantar di X, Prosser mengatakan beliau tidak mengakses peranti kakitangan Apple tanpa kebenaran dan akan menghubungi Apple.

Apple semakin agresif menyaman dan mengambil tindakan ke atas kakitangan yang meniriskan maklumat kepada wartawan.

Maklumat yang tertiris boleh menyebabkan ciri baharu yang ingin diperkenalkan kemudiannya ditiru oleh pesaing. -Amanz








#Apple #Jon Prosser #tiga rahsia iOS #Liquid Glass #Michael Ramacciotti