GADGETS
Apple Siri bakal bolehkan anda kawal aplikasi guna arahan suara
Siri sedang diuji untuk membolehkan pengguna melakukan tindakan seperti berkongsi ke media sosial dan membuat tempahan kenderaan secara arahan suara. -Gambar fail/Amanz
APPLE sedia mengalami cabaran dalam pembangunan Siri mereka yang ditambah baik menggunakan sokongan kecerdasan buatan.
Ringkasan AI
Siri yang sepatutnya hadir pada tahun ini, telah pun ditangguhkan ke tahun hadapan. Walaupun tertangguh, Apple dilihat berhasrat ingin menyertakan sejumlah ciri tambahan pada Siri.
Menurut laporan Bloomberg, Apple dilaporkan sedang bangunkan integrasi yang membolehkan pengguna menggunakan Siri dalam mengawal aplikasi lain.
Sebagai contoh, pengguna boleh meminta Siri untuk menghantar perkongsian ke media sosial, atau melakukan tempahan kenderaan seru-pandu.
Difahamkan Siri telah mula menguji ciri ini bersama beberapa aplikasi popular, termasuk uber, Temu, Threads, Facebook dan YouTube.
Sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat ciri ini diperkenalkan seawal 2026 kelak.
Implementasi ini juga dijangka akan mengubah kaedah bagaimana pengguna menggunakan telefon pintar mereka – dan pada masa yang sama membentuk pembangunan peranti seterusnya, sebagai contoh kaca mata pintar Apple. -Amanz
Ringkasan AI
- Apple menangguhkan pelancaran Siri baharu ke tahun 2026, namun merancang penambahan ciri kawalan aplikasi pihak ketiga seperti Uber dan Facebook.
- Siri sedang diuji untuk membolehkan pengguna melakukan tindakan seperti berkongsi ke media sosial dan membuat tempahan kenderaan secara arahan suara.
- Integrasi ini dijangka mengubah cara penggunaan telefon pintar dan menyumbang kepada pembangunan peranti baharu seperti kaca mata pintar Apple.