[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

Apple umum macOS Sequoia, hadir dengan sokongan berinteraksi terus ke iPhone

Amanz 11/06/2024 | 06:39 MYT
macOS Sequoia dijangka diperkenalkan kepada umum kelak dalam beberapa bulan lagi, untuk pengguna Mac, secara percuma. -Amanz
PADA acara WWDC 2024, selain fokus terhadap sistem operasi iOS, pihak Apple turut mengumumkan beberapa perkara baharu melibatkan sistem operasi untuk MacBook, iaitu macOS.
macOS generasi baharu yang bakal menyusul kelak dinamakan sebagai macOS Sequoia – sekali gus meneruskan kaedah penamaan yang khusus digunakan Apple untuk sistem operasi komputer macOS.
Beberapa perkara baharu dirancang untuk diperkenalkan bersama macOS Sequoia. Salah satunya adalah keupayaan untuk menghubungkan iPhone ke sistem operasi macOS Sequoia, dan seterusnya mengakses dan mengawal iPhone terus melalui Mac.
Ini termasuk untuk melihat notifikasi dan juga mengakses aplikasi pada iPhone berkenaan melalui skrin macOS.
Di samping itu, Apple turut memperkenalkan aplikasi pengurusan kata laluan melalui macOS Sequoia, dan kebolehan menggunakan Apple Pay melalui pelayar web pihak ketiga.
Kemas kini kecil turut diperkenalkan pada pelayar web Safari dengan beberapa ciri seperti kemudahan mendapatkan maklumat daripada sesuatu laman web dengan mudah.
macOS Sequoia dijangka diperkenalkan kepada umum kelak dalam beberapa bulan lagi, untuk pengguna Mac, secara percuma. -Amanz
#Apple #macOS Sequoia #WWDC 2024 #sistem operasi