GADGETS

Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025

Amanz 02/01/2026 | 10:00 MYT
Apple memotong belanjawan pengiklanan Vision Pro sehingga 95 peratus di Amerika Syarikat dan United Kingdom berikutan sambutan yang hambar. -Foto fail/Amanz
MENJUAL produk dalam kategori baharu bukanlah tugas mudah. Perkakasan AI seperti AI Pin yang dilancarkan tahun lalu gagal bertahan kerana kurang sambutan, dan kini Apple turut berdepan cabaran sama dengan Vision Pro.


Ringkasan AI
  • Apple Vision Pro menghadapi cabaran jualan yang rendah, dengan hanya 45,000 unit terjual pada suku keempat 2025, disebabkan pengurangan belanjawan pengiklanan sehingga 95 peratus di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
  • Pengeluar Luxshare menghentikan pengeluaran Vision Pro generasi pertama setelah hanya menghasilkan 390,000 unit, disebabkan masalah seperti set kepala yang berat, hayat bateri pendek, kekurangan aplikasi menarik, dan harga jualan tinggi bermula dari AS$3,500 seunit.
  • Permintaan rendah untuk set kepala VR dan AR disebabkan oleh minat global yang lebih cenderung kepada cermin mata pintar berbanding dunia metamesta, menyebabkan Meta turut mengurangkan tumpuan terhadap Meta Quest.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut laporan IDC, hanya 45,000 unit Apple Vision Pro dilaporkan terjual pada suku keempat 2025, angka yang sangat kecil berbanding jualan iPhone, Apple Watch dan komputer Mac.

Laporan Financial Times pula menyatakan Apple memotong belanjawan pengiklanan Vision Pro sehingga 95 peratus di Amerika Syarikat dan United Kingdom berikutan sambutan yang hambar.

Pada awal 2025, pengeluar Luxshare dilaporkan menghentikan pengeluaran Vision Pro generasi pertama selepas 390,000 unit dihasilkan.

Sambutan terhadap Vision Pro hanya hangat pada peringkat awal, dipacu oleh pembelian peminat tegar Apple.

Antara isu yang dihadapi pengguna awal ialah set kepala yang berat, hayat bateri pendek, kekurangan aplikasi menarik dan harga jualan bermula AS$3,500 seunit.

Sejak dilancarkan pada 2 Feb 2024, dua versi Vision Pro dihasilkan, dengan model kedua dilengkapi cip Apple M5 mula dijual pada Oktober lalu.

Permintaan untuk set kepala VR dan AR tidak begitu tinggi kerana trend global kini lebih memihak kepada cermin mata pintar berbanding dunia metamesta. Faktor ini turut memaksa Meta mengurangkan tumpuan terhadap Meta Quest. -Amanz



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah unit Apple Vision Pro yang dilaporkan terjual pada suku keempat 2025?
    A: Hanya 45,000 unit Apple Vision Pro dilaporkan terjual pada suku keempat 2025, menurut laporan IDC.
  • Q: Mengapakah Apple memotong belanjawan pengiklanan Vision Pro sehingga 95 peratus di Amerika Syarikat dan United Kingdom?
    A: Apple memotong belanjawan pengiklanan Vision Pro sehingga 95 peratus di Amerika Syarikat dan United Kingdom kerana mendapat sambutan yang hambar, seperti dilaporkan oleh Financial Times.
  • Q: Mengapakah pengeluar Luxshare menghentikan pengeluaran Vision Pro generasi pertama?
    A: Pengeluar Luxshare menghentikan pengeluaran Vision Pro generasi pertama selepas 390,000 unit dihasilkan kerana sambutan terhadap produk itu tidak seperti yang dijangkakan.
  • Q: Apakah beberapa isu yang dihadapi oleh pengguna awal Vision Pro?
    A: Pengguna awal Vision Pro menghadapi isu seperti set kepala yang berat, hayat bateri pendek, kekurangan aplikasi menarik, dan harga jualan bermula AS$3,500 seunit.
  • Q: Apabila dua versi Vision Pro dihasilkan, dan apakah perbezaan antara keduanya?
    A: Dua versi Vision Pro dihasilkan sejak dilancarkan pada 2 Feb 2024, dengan model kedua dilengkapi cip Apple M5 mula dijual pada Oktober lalu.



#iPhone #Luxshare #Apple #Vision Pro