awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi akan lakukan segala usaha untuk hentikan konflik di Sudan

Bernama
Bernama
27/04/2023
11:40 MYT
Arab Saudi akan lakukan segala usaha untuk hentikan konflik di Sudan
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia berkata kerajaan negara itu sedang berkomunikasi dengan pihak berkenaan di Sudan serta negara sahabat dan pertubuhan antarabangsa berhubung perkara itu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi akan terus melaksanakan segala usaha untuk menghentikan pertumpahan darah, pertempuran dan memudah cara penyelesaian politik di Sudan.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia berkata kerajaan negara itu sedang berkomunikasi dengan pihak berkenaan di Sudan serta negara sahabat dan pertubuhan antarabangsa berhubung perkara itu.
"Sebarang keputusan khusus yang kami capai akan diumumkan dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu yang disediakan kepada Bernama.
Kenyataan itu menyebut bahawa Arab Saudi, dengan kerjasama negara-negara saudara dan sahabat, menggalakkan gencatan senjata, pembukaan koridor kemanusiaan dan perlindungan bagi orang awam di Sudan.
Ia berkata kerajaan Saudi terus mengatur, menyelaras dan memudahkan pemindahan sepanjang masa bagi memastikan orang awam daripada pelbagai kewarganegaraan dapat keluar dengan selamat dari Sudan, selain menghulurkan semua bantuan kepada negara saudara dan sahabat.
Pada 15 April, pertempuran ganas antara dua pihak meletus yang berpusat di Khartoum. Pasukan tentera kerajaan menuduh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) melakukan pemberontakan dan melancarkan serangan udara terhadap pangkalan mereka.
Abdel Fattah Burhan, ketua tentera Sudan, mengeluarkan dekri membubarkan RSF, dan sejak ikonflik berlaku, beberapa gencatan senjata sementara di seluruh negara dilaksanakan namun konflik itu masih belum selesai.
Kementerian Kesihatan Sudan berkata setakat ini, kira-kira 600 orang terbunuh dalam pertempuran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#gencatan senjata
#Rapid Support Forces
#penyelesaian politik di Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan