awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arafat menang saman fitnah, ganti rugi RM150,000

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2023
06:50 MYT
Arafat menang saman fitnah, ganti rugi RM150,000
Muhamad Arafat menunjukkan perintah meterai yang antara lain memerintahkan defendan membayar ganti rugi kepada beliau sebanyak RM150,000. - Foto Sinar Harian
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Afarat Varisai Mahamad memenangi kes saman fitnahnya terhadap bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Segar.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet pada 22 Mei lepas.
Menerusi perintah meterai dikeluarkan pada Jumaat, Segar selaku defendan diarah membayar ganti rugi kepada Muhamad Afarat sebanyak RM150,000.
Defendan turut diperintahkan menerbitkan permohonan maaf serta memadam semua pernyataan tidak benar dan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di mana-mana media sosial.
Bercakap kepada pemberita, Muhamad Arafat berpuas hati dengan keputusan itu dan berharap tidak ada lagi mana-mana pihak membuat fitnah dengan tujuan menjatuhkan reputasinya.
"Alhamdulillah, hari ini (Jumaat) saya dapat bersihkan nama saya. Keputusan ini membuktikan apa yang dinyatakan itu semua adalah fitnah.
"Keputusan ini juga secara tidak langsung membersihkan nama parti dan Perdana Menteri selaku presiden kerana sebelum ini dikatakan saya menerima wang itu melalui parti," katanya.
Naib Pengerusi PKR Perak itu menjelaskan, tuduhan fitnah ke atasnya dibuat pada November 2021 antaranya melalui perkongsian video di media sosial.
Katanya, dalam kenyataan fitnah itu, pihaknya dituduh menyalah guna wang kerajaan RM40,000 ketika COVID-19 selain menerima dana berjumlah RM450,000 daripada PKR dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden.
"Saya juga dituduh tidak menunaikan janji kepada pengundi Hulu Kinta. Mengambil kira tuduhan itu saya telah failkan saman terhadap beliau," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhamad Afarat Varisai Mahamad
#saman fitnah
#R Segar
#ganti rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan