Arahan cuti Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia dilanjutkan hingga tahun depan

Bernama
Disember 8, 2023 15:55 MYT
MSM berkata operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa dan pengumuman lanjut dibuat jika terdapat sebarang perkembangan penting berkaitan perkara itu.
KUALA LUMPUR: Arahan cuti Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Mazatul Aini Shahar Abdul Malek Shahar akan dilanjutkan dari 15 Dis, 2023 hingga 15 Jan, 2024 atau sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MSM berkata operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa dan pengumuman lanjut dibuat jika terdapat sebarang perkembangan penting berkaitan perkara itu.
Pada 3 November lepas, MSM yang mengendalikan perniagaan gula FGV Holdings Bhd, memaklumkan Bursa Malaysia bahawa Mazatul Aini telah diarah cuti sementara berkuat kuasa pada 20 Okt, 2023 sehingga 15 Dis, 2023, bagi membantu siasatan dalaman.
-- BERNAMA
#MSM Malaysia #Ketua Pegawai Kewangan #Mazatul Aini #FGV Holdings
;