GADGETS
ARM umum keluarga CPU ARM C1, GPU Mali G1-Ultra berasaskan seni bina ARMv9.3
ARM memperkenalkan empat CPU baharu dalam keluarga ARM C1 dan satu GPU baharu Mali G1-Ultra, semuanya berasaskan seni bina ARMv9.3. -Foto Amanz
ARM mengumumkan empat CPU baharu di bawah keluarga ARM C1 dan satu GPU baharu dia bawah keluarga G1.
Ringkasan AI
Kesemua CPU dan GPU ini dibina di bawah seni bina baharu Armv9.3 untuk pemproses generasi seterusnya. ARM C1 menggantikan CPU Cortex yang digunakan sejak sekian lama.
ARM C1-Ultra ialah CPU paling berkuasa menggantikan keluarga Cortex-X925. Ia menawarkan prestasi 25% lebih pantas berbanding Cortex-X925.
Seterusnya ialah ARM C1-Premium yang merupakan CPU baharu yang menyasarkan penggunaan pada peranti kelas premium mampu milik.
Ia mempunyai saiz 3% lebih kecil berbanding C1-Ultra tetapi menawarkan kecekapan penggunaan tenaga yang lebih baik.
ARM C1-Pro pula ialah CPU kelas pertengahan yang menggantikan Cortex-A725. Dari sudut prestasi ia menerima peningkatan prestasi 16% dan mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 12% untuk memainkan video dan melayari laman web.
CPU terakhir pula ialah ARM C1-Nano yang memberikan penekanan kepada penggunaan kuasa rendah menggantikan Cortex-A520. Ia meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga sehingga 26% dengan saiz 2% lebih kecil.
Kesemua CPU ARM C-1 ini boleh digabungkan ke dalam SOC dengan konfigurasi antara 1 hingga 14 teras CPU bergantung kepada pelanggan.
ARM berkata secara keseluruhan cip dengan ARM C-1 boleh memberikan peningkatan prestasi keseluruhan sehingga 30%, lebih pantas sehingga 15% dan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 12% berbanding generasi terdahulu.
Sementara itu GPU ARM Mali G1-Ultra menggunakan Ray Tracing Unit (RTUv2) generasi kedua yang meningkatkan prestasi ray tracing sehingga dua kali ganda berbanding Immortalis-G925.
Dengan ini kadar bingkai boleh meningkat sehingga 40%, kecekapan penggunaan kuasa meningkat 9% dan ia turut boleh melakukan inferens tugasan kecerdasan buatan (AI) sehingga 20% lebih baik.
Seperti CPU ARM C-1, Mali G1-Ultra turut ditawarkan dalam konfigurasi 1-24 teras shader bergantung kepada keperluan pelanggan.
Ia menyokong ciri ARM Accuracy Super Resolution (ASR) yang meningkatkan jumlah bingkai seakan FSR dan DLSS pada GPU komputer gaming. Setakat ini ASR telah pun disokong pada Unreal Engine 5. -Amanz
Ringkasan AI
- ARM memperkenalkan empat CPU baharu dalam keluarga ARM C1 dan satu GPU baharu Mali G1-Ultra, semuanya berasaskan seni bina ARMv9.3.
- CPU ARM C1 menawarkan peningkatan prestasi sehingga 30% dan kecekapan tenaga lebih baik berbanding generasi Cortex, manakala Mali G1-Ultra menggandakan prestasi ray tracing dan menyokong teknologi ASR.
- Semua cip ini boleh dikonfigurasi mengikut keperluan pelanggan, menjadikan ia sesuai untuk pelbagai kategori peranti dari kelas permulaan hingga premium.