awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armada buat laporan polis berhubung kumpulan serang Syed Saddiq

Farhana Joni
Farhana Joni
01/02/2020
06:03 MYT
Armada buat laporan polis berhubung kumpulan serang Syed Saddiq
Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh terhadap pasukan polis untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kumpulan terbabit. - Gambar fail
Satu laporan polis dibuat hari ini susulan serangan yang dilakukan sekumpulan individu pada majlis rapat umum Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor pada Sabtu.
Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya juga bersedia memberi kerjasama penuh terhadap pasukan polis untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kumpulan terbabit.
"Kami telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Kami juga mempunyai rakaman video wajah-wajah mereka yang terlibat untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
"Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan," tulisnya dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.
BACA: Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar
Dalam perkembangan sama, Syed Saddiq memberitahu, Armada mengutuk perbuatan kumpulan terbabit yang disifatkan sangat kotor, jahat dan tidak demokratik.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan itu menerusi status di akaun Instagramnya memberitahu, beliau terpaksa lari, menggunakan jalan tikus dan lompat pagar seperti orang yang bersalah gara-gara diserang 200 individu yang berlagak seperti gangster di Ulu Tiram, Johor.
Topic Berkaitan
#ARMADA
#Bersatu
#Facebook
#Johor
#laporan polis
#Syed Saddiq
#Ulu Tiram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan