KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menafikan 17 daripada 21 tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah diselesaikan seperti didakwa pemimpin sebuah parti politik.
Beliau berkata pihak yang membuat dakwaan itu perlu menjelaskan definisi 'selesai' yang mereka maksudkan sama ada perkara itu telah selesai dibangkitkan, selesai diutarakan, selesai yang sudah ada persetujuan dasar, atau selesai yang sudah dilaksanakan.
Menurutnya, apa yang dimahukan rakyat Sabah adalah 'selesai' dalam konteks perkara-perkara dalam MA63 itu telah dilaksanakan sepenuhnya serta rakyat mendapat faedahnya dan bukan selesai dibangkitkan kepada kerajaan Persekutuan atau dalam status lain yang tidak menguntungkan Sabah.
"Jawapan saya di Parlimen dipetik (pemimpin parti politik itu), sebutkan di mana dalam jawapan bertulis saya itu ada disebut 17 perkara selesai. Saya baca balik jawapan saya, tidak ada disebut 17 perkara sudah selesai," katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Penyelarasan Operasi dan Pengurusan Bencana Negeri Sabah, di sini, hari ini.
Armizan mengulas dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Azis Jamman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis semasa sesi bicara secara langsung di laman sosial Facebook yang mendakwa bahawa beliau (Armizan) ada menyatakan bahawa 17 perkara itu telah selesai semasa sidang Parlimen.
Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata jawapan beliau itu merujuk kepada soalan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apda, juga Presiden Warisan, yang bertanya mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) MA63 antara 2018 hingga 2019.
Menurut Armizan. ketika ini terdapat perkara dalam MA63 yang selesai sebahagiannya, antaranya isu elektrik dan gas dan semakan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan mengenai jumlah tuntutan pemberian khas negeri Sabah dan Sarawak.
"Ada juga yang belum selesai tetapi telah mempunyai keputusan dasar, ini yang mungkin dianggap (pemimpin itu) apabila sudah ada keputusan dasar itu, ia selesai. Misalnya, ada keputusan dasar tentang perlu disemak Perkara 112D pemberian khas tetapi belum selesai sepenuhnya kerana bila ada jumlah semakan, apabila dilaksana barulah disebut selesai," katanya.
Armizan berkata kawal selia elektrik dan gas kepada Sabah pula hanya akan dianggap selesai sepenuhnya apabila kuasa kawal selia itu bermula pada Januari tahun depan, walaupun kuasa kawal selia itu itu telah diterima Sabah pada Januari tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Datuk Armizan Mohd Ali menafikan 17 daripada 21 tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah diselesaikan seperti didakwa pemimpin sebuah parti politik. - Gambar fail/BERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong untuk pastikan bekalan hadapi MTL
Langkah itu antara pelan kontingensi banjir bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga ditetapkan.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).