MALAYSIA
ART: Langkah perlu elak pengalihan pelaburan, bukan keputusan gopoh - Tengku Zafrul
Kata Tengku Zafrul, Malaysia berada dalam kedudukan paling terdedah kerana pergantungan besar kepada eksport elektrik dan elektronik serta semikonduktor. - Foto/Bernama
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk segera memeterai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya merupakan tindakan penting bagi mengekang risiko pengalihan pelaburan akibat ancaman tarif besar oleh Washington.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, Malaysia berada dalam kedudukan paling terdedah di rantau ini kerana pergantungan besar kepada eksport elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor, sektor yang akan menerima kesan langsung sekiranya AS mengenakan tarif 25 peratus.
“Pada 2020 hingga 2024, eksport kita ke Amerika Syarikat hampir RM200 bilion dan 60 peratus daripadanya adalah produk E&E serta semikonduktor.
“Analisis bersama Bank Negara Malaysia, MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan pakar luar menunjukkan tanpa ART, pertumbuhan KDNK boleh susut hampir 1.2 mata peratus setahun, iaitu lebih kurang RM30 bilion,” katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjelaskan lagi bahawa implikasi keseluruhan terhadap ekonomi dijangka mencecah ratusan bilion ringgit, selain mengancam ratusan ribu peluang pekerjaan di kawasan industri utama termasuk Kulim, Bayan Lepas, Batu Kawan, Pasir Gudang, Senai dan Shah Alam.
Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa lebih 7,000 perusahaan kecil dan sederhana yang terlibat dalam rantaian bekalan teknologi turut berisiko.
“Sebab itu melalui ART, kita pastikan tarif ditetapkan pada 19 peratus, bukan 25 peratus atau lebih,” jelasnya.
Menjawab dakwaan kononnya kerajaan gopoh memuktamadkan perjanjian tersebut, beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai ruang untuk menunggu memandangkan ancaman tarif boleh dikuatkuasakan pada bila-bila masa, sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur antarabangsa yang sedang menilai arah tuju pelaburan mereka.
"Mudah menuduh kerajaan gopoh selepas risiko terbesar telah berjaya dikurangkan, yang sukar ialah membuat keputusan ketika pistol tarif 25 peratus sudah diacukan kepada ekonomi kita. Pelabur sedang memandang sama ada mahu kekal di Malaysia atau pindah ke Vietnam, Thailand, dan Mexico.
"Jadi, sebagai Menteri yang diberi tanggungjawab, saya lebih rela dikritik kerana bertindak bertindak pantas untuk menyelamatkan kilang dan pekerjaan rakyat, daripada dipuji berani melawan tetapi membiarkan tarif 25 peratus jatuh tanpa sebarang payung,” katanya lagi.