ART: Sektor semikonduktor antara fokus AS pada rundingan akan datang

Tengku Zafrul berkata, masih terdapat rundingan yang perlu dibuat mengenai tarif sektoral. - Gambar fail/Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Beberapa sektor strategik negara seperti semikonduktor akan mendapat perhatian yang lebih positif daripada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan akan datang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
Ringkasan AI
- Sektor strategik negara seperti semikonduktor akan diberi perhatian lebih positif berbanding Amerika Syarikat dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan datang.
- Rundingan mengenai tarif sektoral masih perlu dibuat, khususnya bagi 1,711 garis produk yang melibatkan kira-kira 12 peratus daripada jumlah eksport negara.
- Perjanjian pengecualian tarif Malaysia, termasuk minyak sawit, getah, dan koko, memberi faedah kepada pengimport Amerika Syarikat, tetapi Menteri Zafrul menegaskan Malaysia sebagai rakan kongsi rantaian bekalan yang dipercayai AS dalam sektor-sektor strategik seperti semikonduktor dan aeroangkasa.
"Kita telah menunjukkan bahawa dalam perjanjian tersebut, kita merupakan rakan kongsi rantaian bekalan mereka yang boleh diharapkan dan dipercayai. Terutamanya dalam sektor-sektor strategik mereka seperti semikonduktor, aeroangkasa, farmaseutikal dan sebagainya," kata beliau melalui hantaran di laman 'X' pada Sabtu.
Ini akan membantu mengukuhkan lagi ekosistem serta industri tempatan yang terlibat dalam rantaian bekalan ke negara itu memandangkan aspek jaminan rantaian bekalan adalah penting dalam isu keselamatan ekonomi semasa, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan sesetengah pihak yang berpandangan bahawa perjanjian pengecualian tarif Malaysia yang melibatkan kira-kira 1,700 barisan produk sebenarnya lebih menguntungkan pengimport AS berbanding Malaysia.
Pada 26 Okt, Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memeterai ART yang membolehkan sehingga 1,711 produk Malaysia termasuk minyak sawit, getah dan koko serta beberapa komponen farmaseutikal dan peralatan aeroangkasa dieksport ke AS pada kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


