KUALA LUMPUR: Kes saman bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu terhadap seorang kolumnis dan ketua pengarang Harakah serta satu pihak lagi berhubung dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah di laman sesawang Harakahdaily, hari ini berjaya diselesaikan di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Noor Atiqah Abdul Rahman yang mewakili Mohamad berkata pihak-pihak terlibat bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu dan penghakiman persetujuan telah direkodkan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika prosiding secara dalam talian hari ini.
"Namun, terma penyelesaian tidak boleh didedahkan," katanya ketika dihubungi pemberita.
Kes itu masih di peringkat pengurusan kes dan belum dibicarakan.
Perkara itu turut disahkan peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili kolumnis Roslan Shahir Mohd Shahir; Ketua Pengarang Wan Nordin Wan Yaacob dan penerbit laman sesawang itu yang juga akhbar cetak Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 28 Okt 2020, Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa pada 14 Sept 2020, kesemua defendan telah bersama dan berasingan menjatuhkan maruah dan mengaibkannya dengan menulis serta menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sesawang Harakahdaily menerusi artikel bertajuk "Husam: PAN Parti Diktator".
Ahli Parlimen Kota Raja itu mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang diktator, menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai seorang presiden parti selain mendakwa plaintif seorang presiden yang hanya mengikut arahan dan telunjuk parti DAP.
Plaintif mendakwa kata-kata fitnah yang ditulis oleh defendan pertama (Roslan Shahir) menjadi sumber kepada defendan kedua (Wan Nordin) untuk melaporkan dan membenarkan artikel berkenaan diterbitkan di laman sesawang Harakahdaily.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah serta satu perintah bagi mengarahkan kesemua defendan memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah berkenaan.
Defendan melalui pernyataan pembelaan difailkan pada 23 Dis 2020 mendakwa, mereka berada di bawah tanggungjawab politik dan moral untuk menerbitkan perkataan yang dilaporkan kepada masyarakat umum, khususnya kepada pengundi.
Mereka mendakwa masyarakat umum, secara khususnya pengundi adalah berhak dan mempunyai tanggungjawab sama untuk menerima komen itu memandangkan plaintif adalah seorang Ahli Parlimen.
Defendan mendakwa, mereka tidak mempunyai niat jahat untuk mensensasikan berita dan meningkatkan jumlah pelawat laman sesawang https://harakahdaily.net, bahkan capaian laman sesawang itu adalah seperti biasa sebelum dan selepas penerbitan artikel berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Pihak-pihak terlibat bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu dan penghakiman persetujuan telah direkodkan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika prosiding secara dalam talian hari ini. - Gambar fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
‘Tidak mustahil Palestin dibebaskan oleh masyarakat Eropah’ - Mat Sabu
Mohamad memberi gambaran bahawa tidak mustahil Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah kerana mereka lebih memahami nilai kemanusiaan.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Kerajaan Perpaduan tidak akan bertukar selepas PRU16 - Mat Sabu
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16.
Bekalan beras: KPKM telah bincang dengan wakil kerajaan India - Mat Sabu
Beliau berkata melalui pertemuan itu kerajaan India akan menjawab surat (perbincangan) itu minggu depan.
'Fatwa' Pas, Hadi Awang berubah setiap pilihan raya - Mohamad Sabu
Dakwaan kononnya Pas memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud juga hanyalah alasan yang sengaja direka.
PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Anak Mat Sabu kekal bebas kes dadah
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan perayu (pendakwaan) bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah ketika membuat keputusan melepas dan membebaskan responden.
Demonstrasi tidak selesai inflasi, Annuar ajak Mat Sabu berjumpa bincang isu harga barang
Annuar alu-alukan cadangan daripada semua pihak untuk sama-sama tangani isu inflasi.
Kalau kami mahu, PM sekarang pun boleh ditukar - Mat Sabu
Kata Mohamad, selepas PH menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan, mereka akan terus menghormatinya.