awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artikel tidak berasas: KKM diminta ambil tindakan undang-undang ke atas portal Singapura

Bernama
Bernama
01/09/2017
10:47 MYT
Artikel tidak berasas: KKM diminta ambil tindakan undang-undang ke atas portal Singapura
Artikel berkenaan mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan diminta menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita Singapura yang melaporkan artikel tidak berasas mengenai kematian seorang rakyat negara itu di sini, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata pihaknya kesal dengan penyiaran berita terbabit yang tanpa fakta benar kerana ia memberi tekanan terhadap motivasi warga kerja Jabatan Kesihatan di negeri ini.
"Saya kesal dengan penyiaran berita seperti ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak agar menghormati profesyen sektor kesihatan terutama di Johor dengan tidak memberi gambaran negatif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk artikel The Independent semalam yang menyebut ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini lewat memberikan respon sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitkan seorang rakyat Singapura pada 25 Ogos lepas.
Artikel itu mendakwa kelewatan itu menjejaskan usaha untuk membawa mangsa berusia 25 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital pada kadar segera.
Selain itu, artikel berkenaan mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan.
Ayub berkata pada dasarnya, petugas Jabatan Kecemasan di semua hospital kerajaan tidak memohon pembayaran lebih awal sebelum apa-apa rawatan dijalankan untuk kes-kes kritikal termasuk yang melibatkan warga asing.
"Saya menafikan kes ini disebabkan kelewatan ambulans atau masalah pembayaran. Pihak hospital akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk semua pesakit yang mendapatkan rawatan," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#kemalangan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Singapura
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan