Artis Korea diharamkan menjelang 2020? Ini reaksi Gobind

Bernama
Disember 16, 2018 13:40 MYT
Paparan grafik awal itu dipadamkan setelah Gobind menciap ulang (retweet) paparan itu. - Gambar fail
Kecoh dalam kalangan peminat artis Korea atau K-Pop dengan laporan kononnya artis Korea akan diharamkan untuk melakukan persembahan di Malaysia menjelang 2020.
Namun Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, hari ini tampil menafikan kenyataan itu. Ia tidak benar, katanya.
"This isn't true. Kenyataan ini tidak benar. Tiada halangan sebegini diputuskan sama sekali. Harap maklum," katanya dalam catatan Twitter beliau hari ini.
Beliau memberi reaksi terhadap paparan grafik oleh seorang pengguna Twitter #fallingforshu freebies ?Queenie ?@precioushoshiii berhubung kenyataan itu yang menyebut: "Kesemua artis Korea diharamkan untuk melakukan persembahan di Malaysia berkuat kuasa 2020.
"Kami di pihak kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melakukan sekatan," dakwa kenyataan itu.
Bagaimanapun, paparan grafik itu dipadamkan setelah Gobind menciap ulang (retweet) paparan itu.

This isn't true. Kenyataan ini tidak benar. Tiada halangan sebegini diputuskan sama sekali. Harap maklum. https://t.co/9MZNUovnS4

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) December 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Most welcome! https://t.co/0pyKJzRPew

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) December 16, 2018=
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Gobind Singh Deo #konsert #Korea #Korea Selatan #Malaysia #Menteri Penerangan #Tweet