awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arul Kanda, Ali Hamsa dan Ambrin Buang disenarai sebagai saksi kes pinda laporan audit 1MDB

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/11/2019
05:53 MYT
Arul Kanda, Ali Hamsa dan Ambrin Buang disenarai sebagai saksi kes pinda laporan audit 1MDB
Pihak Pendakwaan telah memberi notis kepada Mahkamah Tinggi untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy (tengah) sebagai saksi semasa kes pendakwaan. - Gambar fail/Astro AWANI
Pihak Pendakwaan telah memberi notis kepada Mahkamah Tinggi untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi semasa kes pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan (DPP) dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan perkara berkenaan dalam pernyataan pembukaannya pada permulaan perbicaraan hari ini.
Sri Ram berkata beliau bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwa raya akan memohon secara bertulis di bawah Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 untuk memanggil Arul Kanda untuk memberikan keterangan mengenai pihak pendakwa.
"Saya terikat dengan tanggungjawab untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada peringkat yang sesuai pendakwa raya akan memohon secara bertulis mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memanggil tertuduh, Arul Kanda, memberi keterangan bagi pihak pendakwa.
"Kami akan menyatakan kepada mahkamah berkenaan bahagian ini pada masa yang sesuai," kata Gopal.
Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Mohamad Zaini mengarahkan perbicaraan itu diteruskan dan pindaan yang telah dibuat itu dibacakan kepada Najib dan Arul Kanda, biarpun Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sekali lagi memohon untuk menangguhkan kes berkenaan dengan pertuduhan yang dipinda itu.
Pertuduhan yang dipinda menambah halaman atau perenggan yang hilang yang sepatutnya terdapat dalam Laporan Audit Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Najib dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM dan jika disabitkan kesalahan beliau berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000.
Arul Kanda juga boleh dikenakan hukuman yang sama jika didapati bersalah oleh mahkamah.
Selain Arul Kanda, bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang merupakan antara saksi yang turut disenaraikan oleh pihak pendakwaan.
Perbicaraan akan disambung esok.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda
#Arul Kanda Kandasamy
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Mahkamah Persekutuan
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#pinda laporan 1MDB
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan