SUNGAI PETANI: Kanak-kanak perempuan yang maut terjatuh dari tingkat sembilan di sebuah hotel di Pulau Pinang pernah meluahkan keinginan mahu ke syurga.
Ibu mangsa, Siti Norra Salleh, 44, berkata, arwah Nur Airis Hafeera, 6, pernah menyatakan mahu ke syurga beberapa hari sebelum kejadian namun beranggapan ia hanya sekadar perbualan biasa.
"Arwah ada cakap tak sabar nak mati sebab nak ke syurga, saya tak sangka apa yang diluahkan itu menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Bandar Perdana pada Selasa.
Menurutnya, anak bongsu dari empat beradik itu seorang yang penyayang kerana sayangkan kucing peliharaannya selain manja dengan ahli keluarga yang lain.
"Kami sedar arwah ada edit gambarnya dengan menambah emotikon sedih berkemungkinan menunjukkan rasa sedih memandangkan dia baharu kehilangan nenek, Fatimah Man, 81, yang sangat rapat dengannya, meninggal dunia akibat strok Jumaat lalu," katanya.
Sementara itu, suami Siti Norra, Faizal Husain, 44, berkata, kejadian itu berlaku sangat pantas tanpa sempat berbuat apa-apa.
Menceritakan kejadian itu, dia katanya, selepas menyedari kehilangan Nur Airis ketika berada di lif hotel, semua ahli keluarganya panik dan mula mencari Nur Airis Hafeera di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun, dalam keadaan sibuk mencari, kami dikejutkan dengan keadaan Nur Airis Hafeera yang sudah tidak sedarkan diri dikatakan akibat terjatuh," ujarnya.
Menurut Faizal, ketika kejadian, mereka sekeluarga bermalam di hotel berkenaan sementara membuat persiapan mahu mendaftar anak sulung, Mohammad Nabil Najmi, 22, yang akan mendaftar ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau.
Beliau bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Jenazah Nur Airis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria, Sungai Petani kira-kira jam 11 pagi.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat sembilan di sebuah hotel tempat keluarga tersebut menginap.
Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi Isnin itu selepas kanak-kanak tersebut meluru masuk ke dalam lif ketika pintu terbuka tanpa sempat disertai ahli keluarganya apabila pintu tertutup dengan pantas.
Ahli keluarga mangsa kemudiannya dikatakan cuba mencari kanak-kanak itu sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai hotel dan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 19 2021
Siti Norra (tengah) ketika ditemui di rumah mereka dekat Bandar Perdana pada Selasa. (Kanan: Nur Airis membuat lukisan emotikon sedih di gambarnya meninggalkan kenangan buat keluarga.)
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
'Arwah ada cakap tak sabar nak mati sebab mahu ke syurga'
Ibu mangsa berkata arwah pernah menyatakan mahu ke syurga beberapa hari sebelum kejadian namun beranggapan ia hanya sekadar perbualan biasa.