awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Arwah tanya nama malaikat maut, syurga dan neraka"

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/11/2022
08:19 MYT
"Arwah tanya nama malaikat maut, syurga dan neraka"
Gambar kenangan Sharifah A Rahim bersama anaknya, Allahyarham Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan.
ALOR SETAR: Pemergian Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, akibat dihempap tiang elektrik di Kampung Belukar, Jalan Kampung Darat, Changlun pada petang Selasa mengejutkan ibunya, Sharifah A Rahim sebaik dimaklumkan anaknya sudah tidak lagi bernyawa.
Menurut Sharifah, 35, pemergian Muhammad Aqil juga menyebabkan dia teringat soalan-soalan yang ditanya anaknya itu beberapa hari sebelum kejadian menyedihkan itu berlaku.
Allahyarham Muhammad Aqil, kata Sharifah, ada bertanya kepadanya perihal agama termasuk syurga dan neraka.
Menurut Sharifah, arwah Muhammad Aqil juga ada bertanya maksud di sebalik namanya.
“Arwah ada bertanya maksud namanya elok atau tidak. Begitu juga dengan maksud nama ibu, abah dan adiknya.
“Saya ada beritahu dia maksud nama dia elok iaitu bijak dan terpelajar. Saya juga nasihat pada dia mengaji (belajar) pandai-pandai.
“Lepas itu, dia bertanya pula pasal malaikat, dia ada juga beritahu nama malaikat maut dan bertanya pasal neraka dan syurga,” kata Sharifah yang ditemui pemberita semasa menuntut jenazah anaknya di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.
Tragedi yang menimpa Allahyarham Muhammad Aqil, ujar Sharifah, berlaku sekitar 100 meter dari rumah neneknya, Zaiton Abu, 64.
“Dia (Allahyarham) mungkin ikut kawan-kawannya bermain di situ kerana sebelum ini Muhammad Aqil tidak pernah ke situ,” ujar Sharifah yang juga seorang suri rumah.
Sharifah turut memberitahu, longgokan tiang elektrik tersebut sudah ada di situ sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.
Menurut Sharifah, dia reda dengan kehilangan anak kedua dari tiga beradik itu.
Katanya, anak sulungnya yang juga kakak kepada arwah Muhammad Aqil Wafiq meninggal dunia ketika berusia empat minggu.
Sementara suaminya, Ruslizan Ali, 42, baru sahaja terbabit kemalangan akibat diserang sawan ketika memandu teksi dua bulan lalu.
Jenazah Muhammad Aqil dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berona Kanan, Jeniang, Sik pada petang Rabu.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#dihempap tiang elektrik
#Kampung Belukar
#Changlun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan