Skip to main content

Malaysia

ASEAN 2026: PM Anwar hadir BIMP-EAGA, mesyuarat fokus angkat martabat rakyat

ASEAN_PMO
Dalam ucapan pembukaan, Marcos bertekad agar BIMP-EAGA terus diperkasa sebagai pemacu utama pertumbuhan ASEAN Timur menerusi agenda kesalinghubungan, integrasi ekonomi dan pembangunan mampan menjelang 2035. - Foto PMO

CEBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak Khas Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) pada Khamis.

Perbincangan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina itu membincangkan isu berkaitan kerjasama sub-serantau.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan Dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Sidang tersebut dipengerusikan oleh Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr.

Dalam ucapan pembukaan, Marcos bertekad agar BIMP-EAGA terus diperkasa sebagai pemacu utama pertumbuhan ASEAN Timur menerusi agenda kesalinghubungan, integrasi ekonomi dan pembangunan mampan menjelang 2035 dalam usaha mengangkat martabat rakyat.

“Visi ini bukan sekadar peta jalan untuk integrasi ekonomi, tetapi janji kepada rakyat bahawa pembangunan yang dilaksanakan perlu bermakna, mampan dan dapat dirasai dalam kehidupan harian mereka.

“Perbincangan hari ini menonjolkan projek penting yang telah membawa perubahan besar kepada komuniti kita, mewujudkan sumber pendapatan, memperkukuh hubungan dan keterhubungan terutama di kawasan pertumbuhan sub-serantau,” ujarnya.

BIMP-EAGA ialah kerjasama ekonomi sub-rantau yang ditubuhkan pada 1994 bagi mempercepat pembangunan kawasan terpencil dan kurang membangun di timur ASEAN.

Must Watch Video