NANNING: ASEAN dan China digesa untuk mempelbagaikan strategi perdagangan dan pelaburan antara mereka, bagi membolehkan rantau itu mengekalkan momentumnya sebagai salah satu yang terpantas dari segi pertumbuhan di dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di sebalik cabaran peringkat global, ASEAN terus mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelaburan antarabangsa, dengan mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus pada 2022, dan diunjurkan 4.4 peratus pada 2023.
Trajektori itu, kata Anwar, meletakkan ASEAN lebih tinggi dari purata global, yang mana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terlebih dahulu mengunjurkan pertumbuhan 3.5 peratus bagi 2022 dan 3.0 peratus bagi tahun 2023.
“Dalam menghadapi cabaran pasca-pandemik, ketegangan geopolitik, dan pelbagai lagi faktor ketidakstabilan yang lain, tanggungjawab dan usaha bersama kita perlu ditumpukan kepada keamanan serantau, kestabilan, kemakmuran, serta menyuburkan hubungan perdagangan dua hala dan pelbagai hala,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena pembukaan China–ASEAN Expo ke-20 (CAEXPO 2023) di sini pada Ahad.
Anwar yang dalam lawatan seharinya ke China, turut dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Li Qiang.
Kedua-dua pemimpin itu akan membincangkan hubungan dua hala Malaysia-China selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama sebelum menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Li.
Dalam ucapannya, Anwar berkata, Rangka Kerja Pemulihan Ekonomi ASEAN telah menggariskan kepentingan tentang kesalinghubungan rantaian bekalan yang lancar, serta pemudahcaraan pergerakan barangan dan perkhidmatan dengan menghapuskan penghalang perdagangan.
“Dengan infrastruktur yang teguh, saya yakin akan ada aktiviti penyambungan aktiviti perdagangan yang lancar, yang bakal menyumbang kepada pemulihan ekonomi serantau.
“Pemulihan ini jauh lebih kritikal untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang penting kepada pembangunan ekonomi dan pertumbuhan yang lebih meluas untuk negara ASEAN. MSME ini menyumbang 85 peratus pekerjaan, 44.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan 18 peratus eksport negara di ASEAN,” katanya lagi.
Justeru, Anwar berkata, peranan MSME dalam memberi sumbangan kepada aktiviti nilai tambah, inovasi, dan pertumbuhan inklusif, tidak seharusnya dipandang ringan.
“Dalam memperkasa MSME dalam dunia digital, saya menyeru kedua-dua ASEAN dan China untuk melipatganda kerjasama mereka dalam ekonomi digital,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Sep 17 2023
Anwar ketika menyampaikan ucaptama sempena pembukaan ChinaASEAN Expo ke-20 (CAEXPO 2023) di Nanning pada Ahad. - Foto PMO
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.