Skip to main content

Malaysia

ASEAN, EU perkukuh kerjasama dalam bidang TVET, pacu kesediaan tenaga kerja dan pembangunan kemahiran

[TB]_Sujiro Seam, TVET, JPPKK, Zamzam Mohd Walid_KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Sujiro menyifatkan kerjasama ini sebagai elemen kritikal dalam menyokong keperluan kemahiran ASEAN yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. - Foto KPT

GEORGE TOWN: Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Kesatuan Eropah (EU) kini terus memperkukuh kerjasama strategik dalam membangunkan bakat terbaik terutama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Usaha strategik ini terus diperhebatkan bagi memacu kesediaan tenaga kerja dan pembangunan kemahiran di seluruh rantau ini.

Menurut Duta Besar Kesatuan Eropah ke ASEAN, Sujiro Seam, kerjasama ini sebagai elemen kritikal dalam menyokong keperluan kemahiran ASEAN yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

“TVET kini berada di antara fokus utama strategi Global Gateway EU yang bertujuan mempromosikan kesalinghubungan mampan dalam sektor-sektor utama. dan ia merangkumi bidang digital, pengangkutan, iklim, tenaga, kesihatan, serta bidang penyelidikan dan pendidikan yang menjadi tunjang pembangunan ekonomi masa hadapan.

Melalui penganjuran Bengkel Closing the Gap 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 14 Mei di Pulau Pinang, inisiatif ini menghimpunkan wakil kerajaan, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta sektor swasta dari seluruh ASEAN untuk memperkukuh perkongsian antara sektor pendidikan dan industri menjadi fokus utama selain meneroka model kerjasama berkesan antara institusi pendidikan dan industri,” jelas beliau ketika berucap di bengkel itu.

Bengkel berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama program Kesalinghubungan Mampan EU-ASEAN – Pengajian Tinggi (SCOPE-HE).

Beliau menyifatkan kerjasama ini sebagai elemen kritikal dalam menyokong keperluan kemahiran ASEAN yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Sujiro Seam juga ketika merasmikan bengkel tersebut, memberikan penekanan khusus terhadap kepentingan memperkukuh perkongsian antara sektor pendidikan dan industri. 

Beliau menyifatkan kerjasama ini sebagai elemen kritikal dalam menyokong keperluan kemahiran ASEAN yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Bengkel tersebut juga merupakan langkah konkrit dalam melaksanakan Pelan Tindakan ASEAN-EU 2023–2027 dan komitmen kedua-dua pihak untuk memperdalam kerjasama dalam bidang TVET dengan berkongsi amalan terbaik dan memajukan standard latihan di peringkat serantau.

Sebelum ini, bengkel pertama telah diadakan di Bangkok pada 2024, diikuti oleh bengkel kedua di Phnom Penh pada 2025 yang menumpukan kepada penyelesaian praktikal bagi cabaran industri.

Hasil daripada bengkel ini dijangka akan mendokumentasikan model perkongsian dan syor praktikal yang akan menyumbang kepada pembangunan peta jalan serantau. Pelan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bengkel kemuncak pada tahun 2027, selaras dengan Pelan Kerja Majlis TVET ASEAN 2021–2030.

 

Must Watch Video