awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN Heritage Train berlangsung dari 9 hingga 26 Julai

Bernama
Bernama
19/07/2024
23:00 MYT
ASEAN Heritage Train berlangsung dari 9 hingga 26 Julai
AHT bermula 9-14 Julai di Luang Prabang, Vang Vieng dan Vientiane, Laos; 15-20 Julai di Nong Khai, Bangkok, Petchaburi dan Songkhla, Thailand; dan 21-26 Julai, di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. - Foto Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program ASEAN Heritage Train - Enhancing Connectivity Towards Cultural Diversity (AHT) pada 9 hingga 26 Julai ini yang menghimpunkan penggiat seni dari negara-negara ASEAN.
JKKN dalam kenyataan semalam memaklumkan AHT yang mendapat kerjasama Persatuan Penggiat Pelancongan Senibudaya Warisan Kraf Negeri Selangor dan Keretapi Tanah Melayu Berhad menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama yang merentasi Malaysia, Laos dan Thailand.
"AHT ialah program di bawah ASEAN Cultural Fund (ACF) dengan penglibatan penggiat seni budaya bidang seni persembahan, gastronomi dan kraf dari sembilan negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
"Perjalanan bermula di Laos dan melalui Thailand sebelum berakhir di Malaysia. Sepanjang laluan yang menarik ini, delegasi akan terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk persembahan kesenian, pameran, bengkel, demonstrasi kraf dan masakan tradisi," menurut kenyataan itu.
AHT bertujuan memupuk pemahaman dan penghayatan lebih mendalam tentang kepelbagaian kekayaan budaya di rantau Asia Tenggara selain mengukuhkan hubungan serta mewujudkan rangkaian kerjasama dalam kalangan peserta untuk perkongsian dan memudahkan aktiviti kerjasama pada masa hadapan.
Program itu bermula pada 9 hingga 14 Julai di Luang Prabang, Vang Vieng dan Vientiane, Laos, seterusnya 15 hingga 20 Julai di Nong Khai, Bangkok, Petchaburi dan Songkhla, Thailand dan di Malaysia pada 21 hingga 26 Julai, di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Antara pengisian utama AHT ialah Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Julai di KL Sentral, manakala majlis pelancaran pada 23 Julai dijangka disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing," menurut kenyataan itu.
Ketua Pengarah JKKN Mohd Amran Mohd Haris dalam kenyataan sama berkata program itu diharapkan dapat memupuk semangat menghargai seni budaya serta menyediakan platform komuniti tempatan untuk terlibat sama dan mengukuhkan identiti ASEAN.
"Program ini juga secara tidak langsung akan dapat membantu meningkatkan pemahaman budaya, menggalakkan pertukaran kebudayaan dan menyumbang kepada komuniti ASEAN yang lebih inklusif, berhubung dan mapan," katanya.
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai AHT, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN Heritage Train
#seni budaya
#pelancongan
#kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan