MALAYSIA
ASEAN ke-47: PDRM sedia sepenuhnya laksana kawalan keselamatan ketua negara, delegasi
Datuk Fisol Salleh bercakap pada sidang media Majlis Taklimat Penugasan Sempena 47th ASEAN Summit and Related Summits di Hangar Lapangan Terbang Lama, Bandar Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan tugasan kawalan keselamatan ketua-ketua negara dan delegasi yang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara sekali gus memastikan sidang itu berjalan lancar.
Ringkasan AI
Timbalan Pengarah Gerakan/Operasi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Fisol Salleh berkata PDRM telah mengkategorikan delegasi kepada kumpulan berisiko tinggi dan berisiko normal dengan pendekatan kawalan akan dibuat secara berbeza.
"Tugasan tersebut akan dilaksanakan oleh semua pegawai dan anggota kita sama ada daripada pasukan Unit Tindakhas (UTK), Cawangan Khas atau mana-mana unit berkaitan yang kesemuanya telah menjalani latihan khusus untuk tujuan itu.
"Lebih 10,000 pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan ini telah melaporkan diri dan akan memulakan tugas di lokasi masing-masing dalam tempoh satu hingga dua hari lagi," katanya kepada pemberita selepas Taklimat Penugasan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di Hangar Lapangan Terbang Lama, Bandar Malaysia, di sini hari ini.
Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dan pegawai serta anggota PDRM yang akan terlibat dalam penugasan sempena sidang kemuncak berkenaan.
Mengulas lanjut, Fisol berkata pemimpin dan delegasi antarabangsa yang dijadualkan menghadiri sidang itu, termasuk dari negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan India akan ditempatkan di 24 hotel di sekitar ibu negara.
Beliau berkata bagi memastikan operasi kawalan keselamatan berjalan lancar PDRM turut menggunakan aset baharu, termasuk kenderaan keselamatan yang diterima daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengiringi delegasi negara berisiko tinggi.
Dalam pada itu, Fisol menasihati orang awam, khususnya pengguna jalan raya memberi kerjasama penuh kepada PDRM sepanjang tempoh pelaksanaan operasi kawalan keselamatan itu.
"Pihak trafik akan membuat hebahan dari semasa ke semasa. Ini bukan 'total lockdown' tetapi peningkatan penugasan keselamatan. Saya menyeru semua pengguna jalan raya untuk memberikan kerjasama," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan" dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini dengan penyertaan pemimpin tertinggi 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PDRM bersedia sepenuhnya mengendalikan kawalan keselamatan bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dengan lebih 10,000 pegawai dan anggota ditugaskan.
- Delegasi dikategorikan mengikut tahap risiko dan kawalan keselamatan dipertingkat termasuk penggunaan aset baharu untuk mengiringi pemimpin negara berisiko tinggi.
- PDRM meminta kerjasama orang ramai terutama pengguna jalan raya sepanjang sidang kemuncak berlangsung bagi memastikan kelancaran operasi keselamatan.