MALAYSIA

ASEAN: Kerjasama serantau kunci tangani kos ubat HIV - Lukanisman

Bernama 17/07/2025 | 08:00 MYT
Lukanisman (tengah) ditemui selepas hadir pada Majlis Perasmian "ASEAN Regional Dialogue on Affordable Antiretroviral (ARV) Drugs and Promoting Community-Based Testing (CBT)" hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: ASEAN perlu mencari mekanisme melalui kerjasama serantau bagi menangani kos tinggi ubat antiretroviral (ARV) yang digunakan dalam rawatan HIV, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.


Ringkasan AI
  • ASEAN disaran bekerjasama secara serantau untuk menangani kos tinggi ubat antiretroviral (ARV) melalui strategi seperti pelesenan sukarela dan pembelian bersepadu.
  • Malaysia sedang beralih kepada ubat baharu TLD, yang lebih berkesan tetapi lebih mahal, dengan usaha menurunkan kos daripada RM200 kepada RM100 sebulan.
  • Dialog serantau ASEAN digerakkan untuk capai rawatan HIV yang lebih mampu milik, menekankan kepentingan kerjasama dan akses kesihatan jangka panjang.


Beliau berkata ubat-ubatan ini amat penting untuk memastikan kejayaan rawatan jangka panjang.

"Kita mesti bersama-sama meneroka strategi untuk mendapatkan harga yang lebih berpatutan, pelesenan sukarela, dan penyelesaian pembelian secara serantau. Kita perlu bergerak ke hadapan bukan secara bersendirian, tetapi sebagai satu rantau yang bersatu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian ASEAN Regional Dialogue on Affordable ARV Drugs and Promoting Community-Based Testing (CBT) for Key Populations yang diadakan di sini, hari ini.

Menurut beliau, kos purata rawatan ARV sedia ada di Malaysia kini adalah sekitar RM500 setahun. Namun, negara sedang dalam proses peralihan kepada ubat baharu dikenali sebagai Tenofovir-Lamivudine-Dolutegravir (TLD).

"ARV sedia ada berharga sekitar RM500 setahun. TLD pula dianggarkan menelan kos kira-kira RM200 sebulan, namun matlamat kami adalah untuk mengurangkannya sekurang-kurangnya kepada RM100 sebulan.

"Walaupun ia lebih mahal berbanding ubat sebelum ini, keberkesanannya jauh lebih tinggi dalam merawat pesakit," katanya.

-- BERNAMA



#ASEAN #HIV #Lukanisman Awang Sauni #kerjasama serantau