MALAYSIA
ASEAN miliki 'ramuan terbaik' tangani konflik serantau tanpa campur tangan kuasa besar - Penganalisis
Pendekatan ASEAN dalam menangani konflik serantau dilihat sebagai 'ramuan terbaik' yang mampu menjadi model kepada dunia tanpa kebergantungan kepada kuasa besar atau campur tangan luar. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pendekatan ASEAN dalam menangani konflik serantau dilihat sebagai 'ramuan terbaik' yang mampu menjadi model kepada dunia tanpa kebergantungan kepada kuasa besar atau campur tangan luar.
Menurut Pakar Perang Saraf serta Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, ini kerana ASEAN mempunyai kekuatan tersendiri yang unik berbanding rantau lain, terutamanya dalam konteks penyelesaian konflik dan ketegangan serantau.
"Kalau kita lihat juga konflik yang berlaku di India dan Pakistan, semua ini memerlukan campur tangan secara terus oleh Presiden Donald Trump untuk menghentikan konflik. Tapi dalam konteks ASEAN, terbukti ASEAN memainkan peranan terkehadapan.
"Ini saya rasa ramuan yang baik untuk ASEAN kerana ASEAN mempunyai banyak mekanisme sebenarnya," katanya dalam Buletin AWANI Khas pada Isnin.
Tambah beliau, antara mekanisme utama termasuklah ASEAN Regional Forum (ARF) yang berperanan memperkukuh kerjasama antara ASEAN dan negara-negara kuasa besar.
"ASEAN ini ada banyak mekanisme sebenarnya… kalau kita lihat struktur ASEAN, antara lainnya ialah ASEAN Regional Forum iaitu bagaimana ASEAN boleh bekerjasama dengan negara-negara kuasa besar."
Namun, katanya, sebahagian besar 'kotak-kotak' atau mekanisme ini belum digunakan secara optimum kerana ASEAN belum benar-benar diuji dalam situasi krisis besar.
“Apabila ASEAN diuji dengan krisis-krisis seperti ini, maka di sinilah tanggungjawab ASEAN memperlihatkan bagaimana ASEAN mampu mendominasi, khususnya dengan kewujudan kuasa-kuasa pertengahan dalam ASEAN.
“Kita lihat seperti Malaysia sebagai kuasa pertengahan ASEAN. Kita lihat bagaimana perang juga berlaku antara kuasa-kuasa pertengahan, dan diplomasi kuasa pertengahan.
"Ini sangat penting untuk membuktikan ASEAN mampu mendominasi konflik serantau serta menjadi pemangkin kepada penyelesaian konflik,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr. Noor Nirwandy menyifatkan ASEAN kini semakin mendapat perhatian antarabangsa berikutan kemasukan Timor-Leste serta perkembangan geopolitik di rantau Indo-Pasifik yang turut melibatkan kepentingan kuasa besar.
“Terlalu banyak feel good news yang berlaku pada ASEAN. Kebelakangan ini kita lihat Timor-Leste menyertai ASEAN sebagai salah satu elemen geostrategik berkepentingan dalam konteks kuasa-kuasa besar dan rantau Indo-Pasifik.
“Saya rasa inilah pentingnya ASEAN kerana kuasa-kuasa besar melihat ASEAN sebagai tempat yang sangat strategik dari segi geopolitik. Mereka juga memainkan peranan secara tidak langsung untuk melihat bagaimana ASEAN mengurus konflik sebelum campur tangan secara langsung dilakukan,” katanya.
Ujar beliau lagi, kejayaan ASEAN dalam hal ini tidak seharusnya dilihat sebagai kejayaan satu-satu negara seperti Malaysia, sebaliknya kejayaan kolektif hasil daripada ‘doktrinasi ASEAN’ yang telah terbentuk.
“Ini adalah satu ramuan atau doktrinasi ASEAN yang cukup baik untuk memastikan ASEAN mampu bergerak ke hadapan, sesuai dengan kerangka ASEAN 2045.
“Sentuhannya termasuk aspirasi ASEAN bebas tanpa senjata nuklear, selari dengan kemasukan Timor-Leste. Ini sangat penting untuk arah tuju ASEAN, khususnya apabila berlakunya pergeseran yang membabitkan isu pertindihan sempadan atau isu-isu berbangkit antara dua negara yang memiliki partisipasi media sosial yang dinamik,” jelasnya.