awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu bersatu suara hadapi pertikaian, hubungan dengan kuasa besar - PM

Bernama
Bernama
06/09/2016
23:08 MYT
ASEAN perlu bersatu suara hadapi pertikaian, hubungan dengan kuasa besar - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab soalan wartawan Malaysia ketika sidang media sempena Sidang Kemuncak Asean Ke 28 dan 29, Selasa. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. -Foto Bernama
ASEAN perlu bersatu suara terutamanya dalam soal berkaitan pertikaian dan hubungannya dengan kuasa-kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tanpa merujuk secara langsung pertikaian atau hubungan melibatkan mana-mana negara ASEAN dengan kuasa-kuasa besar, perdana menteri berkata dalam intervensinya semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29, beliau menegaskan betapa pentingnya kepusatan dan kesatuan agar ASEAN menjadi sebuah badan yang relevan dan berpengaruh.
"ASEAN kena mampu bersuara sebagai 'one voice' (satu suara), kalau ada percanggahan ini akan melemahkan ASEAN dalam apa jua, terutamanya dalam soal 'dispute' (pertikaian) dan hubungannya dengan kuasa besar. Maka aspek solidariti amat penting," katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, malam tadi.
Najib mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 selama tiga hari bermula Selasa, yang turut dihadiri 10 pemimpin ASEAN, termasuk dua ketua negara yang baharu iaitu Presiden Filipina Rodridgo Duterte dan Kaunselor Negara Republik Kesatuan Myanmar Aung San Suu Kyi.
"Kita berdepan beberapa cabaran untuk mendapatkan kesatuan, oleh itu adalah penting untuk memberi penekanan terhadap kesatuan ASEAN, kita tidak boleh menjarakkan barisan, jika kita bersatu suara, kita akan menjadi lebih kuat kerana kita bercakap mewakili 630 juta penduduk," kata Najib.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Najib Razak
#Rodrigo Duterte
#Sidang Kemuncak ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan