awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
09/01/2025
04:40 MYT
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Anwar menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: ASEAN diseru memainkan peranan lebih signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi global, sejajar dengan kedudukannya sebagai blok ekonomi keempat terbesar dunia menjelang dekad akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
"Perubahan dalam sistem ekonomi dunia, ASEAN yang semakin berdaya dan Malaysia yang stabil, bermakna kita tidak lagi berpuas hati dengan hanya menjadi pemerhati.
"Oleh itu, kita perlu mengambil alih tanggungjawab untuk merangka hala tuju ke hadapan dalam tiga bidang kepimpinan.
"Menggalakkan pertumbuhan yang dipacu pasaran tidak seharusnya dilihat bertentangan dengan pelaksanaan agenda sosial yang komprehensif yang memajukan keadilan," katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Malaysia 2025 di sini hari ini.
Anwar berkata, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, bersedia memainkan peranan penting dalam mengemudi pertumbuhan ekonomi serantau.
Jelasnya, pertumbuhan ini akan mendorong kemunculan kelas pertengahan yang besar serta pengaruh yang lebih besar dalam merangka keputusan global.
"Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia hadir pada waktu yang sangat tepat.
"Ini kerana Asia kini menjadi pusat ekonomi global dan ASEAN dijangka menjadi blok ekonomi keempat terbesar di dunia.
"Sebahagian besar pertumbuhan global akan berpunca daripada gabungan ASEAN, India dan China, yang membawa kepada pertumbuhan kelas pertengahan yang pesat serta pengaruh yang semakin besar dalam membuat keputusan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#ekonomi
#Kepengerusian ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan