Ringkasan AI
- Tan Sri Nazir Razak menegaskan ASEAN perlu memperkukuh peranan Sekretariat untuk memastikan pelaksanaan keputusan dan inisiatif serantau lebih pantas serta berkesan.
- Beliau mencadangkan pelantikan individu terbaik sebagai Setiausaha Agung ASEAN bagi memastikan kesinambungan agenda integrasi serantau tanpa bergantung kepada perubahan kepengerusian tahunan.
- ASEAN juga disaran memperkenalkan langkah berkesan untuk meningkatkan perdagangan intra-rantau kepada 40 peratus dengan komitmen kukuh menangani kelemahan struktur ekonomi.
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu menilai semula pendekatan kepimpinannya dengan memperkukuh peranan Sekretariat ASEAN bagi memastikan keputusan dan inisiatif serantau dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia (ASEAN-BAC), Tan Sri Nazir Razak berkata langkah itu penting bagi menjamin kesinambungan agenda integrasi serantau, khususnya dalam sistem kepengerusian ASEAN yang bertukar setiap tahun.
Katanya, ASEAN memerlukan kepimpinan Sekretariat yang kuat dan berkesan selain barisan pegawai berkelayakan tinggi bagi memastikan idea dan inisiatif yang baik dapat diterjemahkan kepada tindakan.
"Saya tidak dapat membayangkan perkara itu dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui struktur kepimpinan sedia ada, yang memerlukan kita mengelilingi negara-negara anggota untuk memilih Pengerusi ASEAN dan sebagainya.
"Kita perlu memilih individu terbaik dalam kalangan warga ASEAN untuk menjadi Setiausaha Agung ASEAN. Usaha ini perlu bermula dari peringkat tertinggi.
"Saya percaya, dengan pelantikan yang tepat, beliau akan memastikan barisan kepimpinan di peringkat seterusnya turut dianggotai individu terbaik yang mampu melaksanakan tugas dan mencapai matlamat yang ditetapkan," katanya ketika menjadi ahli panel pada Pelancaran ASEANX dan Pelancaran Forum ASEANX, di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pengerusi Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Nazir berkata walaupun Pengerusi ASEAN bertukar setiap tahun, sekretariat yang mempunyai kepimpinan berkesan boleh memastikan agenda serantau diteruskan tanpa terlalu bergantung pada perubahan kepengerusian.
"Pada peringkat pemimpin pula, ya, kita menukar Pengerusi setiap tahun, tetapi sekiranya 'Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)' ASEAN itu kuat dan berkesan, saya fikir perkara itu tidak menjadi masalah. Tidak mengapa jika peranan Pengerusi menjadi kurang penting," tambahnya.
Dalam pada itu, Nazir menjelaskan ASEAN juga perlu memperkenalkan langkah lebih berkesan bagi meningkatkan perdagangan intra-rantau daripada sekitar 20 peratus kepada 40 peratus.
Beliau berkata sasaran itu memerlukan komitmen lebih kukuh daripada negara anggota untuk menangani kelemahan struktur yang menghalang integrasi ekonomi serantau, selain memastikan pelaksanaan dasar dapat dilakukan secara berterusan.
Katanya, persoalan utama bukan sekadar menetapkan sasaran peningkatan perdagangan, tetapi mengenal pasti pendekatan yang praktikal dan berkesan untuk merealisasikannya.
"ASEAN perlu berhenti terlalu menjaga hati antara satu sama lain. Apabila negara anggota terlalu menjaga hati, mereka tidak bercakap secara terbuka dan tidak menangani isu yang sepatutnya dibincangkan.
"Kita perlu jujur tentang perkara yang telah digambarkan secara berlebihan dan janji yang dibuat melampaui kemampuan sebenar.
"Kita juga perlu membincangkan masalah struktur serta perkara yang boleh kita lakukan sendiri, tanpa hanya menunggu institusi berubah,” kata Nazir.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa ASEAN perlu menilai semula pendekatan kepimpinannya?
A: ASEAN perlu menilai semula pendekatan kepimpinannya untuk memastikan keputusan dan inisiatif serantau dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan melalui pengukuhan peranan Sekretariat ASEAN. - Q: Apakah cadangan utama Tan Sri Nazir Razak mengenai kepimpinan ASEAN?
A: Tan Sri Nazir Razak mencadangkan agar ASEAN memilih individu terbaik dalam kalangan warga ASEAN untuk menjadi Setiausaha Agung dan memperkukuh barisan pegawai berkelayakan tinggi bagi memastikan pelaksanaan idea dan inisiatif yang baik. - Q: Bagaimana kepimpinan Sekretariat ASEAN boleh membantu kesinambungan agenda serantau?
A: Kepimpinan Sekretariat ASEAN yang kuat dan berkesan dapat memastikan agenda serantau diteruskan tanpa terlalu bergantung pada perubahan kepengerusian tahunan. - Q: Apakah sasaran perdagangan intra-rantau yang disarankan dan apa keperluannya?
A: ASEAN disarankan meningkatkan perdagangan intra-rantau daripada sekitar 20 peratus kepada 40 peratus, yang memerlukan komitmen lebih kukuh daripada negara anggota untuk menangani kelemahan struktur dan memastikan pelaksanaan dasar berterusan. - Q: Apakah isu utama yang perlu ditangani oleh negara anggota ASEAN menurut Nazir Razak?
A: Nazir Razak menekankan keperluan negara anggota untuk lebih jujur, membincangkan masalah struktur secara terbuka, dan tidak hanya menjaga hati sehingga mengabaikan isu penting yang perlu dibincangkan.