MALAYSIA
  
            ASEAN perlu perkukuh ekosistem harta intelek bagi perkasa PMKS - Pengerusi MyIPO
Riduan berucap pada pembukaan AWGIPC ke-77 dan mesyuarat berkaitan hari ini. - Gambar Bernama
            
      GEORGE TOWN: Negara anggota ASEAN perlu memperkukuh ekosistem harta intelek (IP) serantau dengan meningkatkan kesedaran dan membangunkan prosedur yang menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Riduan Rubin.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini 
Beliau berkata rangka kerja serantau yang lebih menyeluruh dan telus akan memudahkan inovator tempatan serta perusahaan kecil memanfaatkan alat dan sumber IP dengan lebih berkesan, sekali gus membolehkan mereka memohon perlindungan IP dengan lebih mudah di seluruh ASEAN.
Beliau berkata ASEAN juga perlu memberi penekanan kepada pengukuhan aspek pengkomersialan, penilaian dan penyepaduan harta intelek dalam agenda kemampanan serantau.
"Pendekatan ini akan memastikan harta intelek bukan sekadar menjadi pemangkin nilai ekonomi dan pelaburan, tetapi juga menyumbang kepada inovasi hijau serta keseimbangan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
"ASEAN kaya dengan kreativiti namun mekanisme untuk penjanaan nilai masih belum tersusun. Kita memerlukan piawaian penilaian lebih kukuh, alat pembiayaan inovasi yang cekap serta dasar yang menghubungkan pencipta intelek dengan pasaran modal," katanya berucap pada pembukaan Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) ke-77 dan mesyuarat berkaitan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Yusnieza Syarmila Yusoff dan Pengerusi AWGIPC Suon Vichea.
Riduan berkata ASEAN kini berada pada detik perubahan penting iaitu harta intelek dilihat bukan sekadar sebagai mekanisme perlindungan, tetapi juga aset ekonomi strategik yang mampu menjana pelaburan, meningkatkan produktiviti dan memperkukuh daya saing serantau.
Beliau berkata MyIPO telah mengambil inisiatif dengan membangunkan rangka kerja penilaian IP yang kukuh, menjalin kerjasama dengan pakar serta institusi kewangan serta menyokong penyepaduan aset IP dalam penilaian pinjaman dan pelaburan perniagaan.
Dari 2019 hingga September lepas, katanya MyIPO merekodkan 342,093 permohonan cap dagangan, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan usahawan manakala permohonan paten melebihi 50,629 dan permohonan reka bentuk industri mencecah 12,788, memperlihatkan kekuatan negara dalam sektor pembuatan, inovasi serta reka bentuk.
Beliau berkata sistem pemberitahuan sukarela hak cipta di Malaysia juga merekodkan 55,352 pemberitahuan, sejajar dengan peningkatan kesedaran pencipta digital, pemuzik dan pembangun kandungan terhadap kepentingan harta intelek dalam ekonomi kreatif.
"Pulau Pinang, khususnya muncul sebagai peneraju dalam bidang inovasi. Negeri ini sentiasa mencatatkan antara jumlah permohonan IP tertinggi di Malaysia, dengan 1,354 permohonan dari Januari hingga September tahun ini.
"Jumlah berkenaan merangkumi 130 permohonan paten dan 82 permohonan reka bentuk industri yang didorong terutamanya oleh sektor semikonduktor serta elektrik dan elektronik," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
              
            
 
    
            
            
  Ringkasan AI
- ASEAN perlu memperkukuh ekosistem harta intelek serantau dengan meningkatkan kesedaran dan menyokong perusahaan mikro, kecil, dan sederhana untuk memanfaatkan IP dengan lebih berkesan.
 - Penekanan perlu diberikan kepada pengukuhan aspek pengkomersialan, penilaian, dan penyepaduan harta intelek untuk kemampanan serantau serta inovasi hijau.
 - MyIPO telah merekodkan peningkatan permohonan cap dagangan, paten, dan reka bentuk industri, menunjukkan keyakinan meningkat dalam kalangan usahawan, sementara Pulau Pinang peneraju dalam inovasi dengan jumlah permohonan IP yang tinggi.
 
Beliau berkata rangka kerja serantau yang lebih menyeluruh dan telus akan memudahkan inovator tempatan serta perusahaan kecil memanfaatkan alat dan sumber IP dengan lebih berkesan, sekali gus membolehkan mereka memohon perlindungan IP dengan lebih mudah di seluruh ASEAN.
Beliau berkata ASEAN juga perlu memberi penekanan kepada pengukuhan aspek pengkomersialan, penilaian dan penyepaduan harta intelek dalam agenda kemampanan serantau.
"Pendekatan ini akan memastikan harta intelek bukan sekadar menjadi pemangkin nilai ekonomi dan pelaburan, tetapi juga menyumbang kepada inovasi hijau serta keseimbangan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
"ASEAN kaya dengan kreativiti namun mekanisme untuk penjanaan nilai masih belum tersusun. Kita memerlukan piawaian penilaian lebih kukuh, alat pembiayaan inovasi yang cekap serta dasar yang menghubungkan pencipta intelek dengan pasaran modal," katanya berucap pada pembukaan Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) ke-77 dan mesyuarat berkaitan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Yusnieza Syarmila Yusoff dan Pengerusi AWGIPC Suon Vichea.
Riduan berkata ASEAN kini berada pada detik perubahan penting iaitu harta intelek dilihat bukan sekadar sebagai mekanisme perlindungan, tetapi juga aset ekonomi strategik yang mampu menjana pelaburan, meningkatkan produktiviti dan memperkukuh daya saing serantau.
Beliau berkata MyIPO telah mengambil inisiatif dengan membangunkan rangka kerja penilaian IP yang kukuh, menjalin kerjasama dengan pakar serta institusi kewangan serta menyokong penyepaduan aset IP dalam penilaian pinjaman dan pelaburan perniagaan.
Dari 2019 hingga September lepas, katanya MyIPO merekodkan 342,093 permohonan cap dagangan, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan usahawan manakala permohonan paten melebihi 50,629 dan permohonan reka bentuk industri mencecah 12,788, memperlihatkan kekuatan negara dalam sektor pembuatan, inovasi serta reka bentuk.
Beliau berkata sistem pemberitahuan sukarela hak cipta di Malaysia juga merekodkan 55,352 pemberitahuan, sejajar dengan peningkatan kesedaran pencipta digital, pemuzik dan pembangun kandungan terhadap kepentingan harta intelek dalam ekonomi kreatif.
"Pulau Pinang, khususnya muncul sebagai peneraju dalam bidang inovasi. Negeri ini sentiasa mencatatkan antara jumlah permohonan IP tertinggi di Malaysia, dengan 1,354 permohonan dari Januari hingga September tahun ini.
"Jumlah berkenaan merangkumi 130 permohonan paten dan 82 permohonan reka bentuk industri yang didorong terutamanya oleh sektor semikonduktor serta elektrik dan elektronik," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dicadangkan oleh Pengerusi MyIPO untuk memperkuatkan ekosistem harta intelek serantau di kalangan negara anggota ASEAN?
A: Meningkatkan kesedaran dan membangunkan prosedur yang menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta rangka kerja serantau yang lebih menyeluruh dan telus. - Q: Apa yang dicadangkan oleh Pengerusi MyIPO agar inovator tempatan dan perusahaan kecil dapat memanfaatkan alat dan sumber harta intelek dengan lebih berkesan di ASEAN?
A: Membangunkan prosedur yang memudahkan mereka memohon perlindungan harta intelek dengan lebih mudah di seluruh ASEAN. - Q: Apa yang perlu ditekankan oleh ASEAN dalam pengukuhan aspek pengkomersialan, penilaian, dan penyepaduan harta intelek dalam agenda kemampanan serantau?
A: Penjanaan nilai harta intelek, inovasi hijau, serta keseimbangan antara pembangunan ekonomi, sosial, dan alam sekitar.