NATIONAL
ASEAN perlu perkukuh infrastruktur, keupayaan pembuatan untuk tarik pelaburan AI, semikonduktor
ASEAN perlu mengambil langkah proaktif untuk memperkukuh infrastruktur dan keupayaan dalam sektor pembuatan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu mengambil langkah proaktif untuk memperkukuh infrastruktur dan keupayaan dalam sektor pembuatan bagi menarik pelaburan strategik dalam bidang semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).
Ringkasan AI
Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Hassan Abu Bakar berkata, sebagai sebuah blok serantau yang mempunyai permintaan domestik tinggi serta potensi besar dalam sektor pelancongan, ASEAN berada pada kedudukan kukuh untuk menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi negara-negara luar, termasuk dari Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
“Ada tiga kekuatan utama ASEAN secara kolektif iaitu permintaan domestik yang besar, potensi pelancongan yang masih belum diteroka sepenuhnya, serta peluang pelaburan dalam sektor semikonduktor dan AI," katanya semasa wawancara khas bersama Astro AWANI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Malah, Hassan menjelaskan bahawa sektor semikonduktor di ASEAN ketika ini masih menggunakan pendekatan berasaskan tenaga buruh, berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman yang kini bergerak ke arah automasi dan teknologi berasaskan mesin.
“Dalam laporan Mekansi, disebut bahawa sektor semikonduktor kita masih berasaskan produktiviti tinggi melalui tenaga kerja, sedangkan negara-negara maju sudah beralih kepada model yang lebih efisien dan automatik.
“Di sinilah China boleh memainkan peranan besar iaitu untuk membantu ASEAN meningkatkan keupayaan pembuatan dan menyediakan infrastruktur yang lebih mantap untuk menerima pelaburan berteknologi tinggi,” ujar beliau.
Hassan turut melihat peranan penting yang boleh dimainkan oleh China dalam membantu negara-negara ASEAN meningkatkan keupayaan pembuatan dan menaik taraf infrastruktur sedia ada bukan sahaja mempunyai pengalaman dan sumber dalam pembangunan infrastruktur berskala besar, tetapi turut melihat ASEAN sebagai peluang strategik untuk perluasan pengaruh ekonomi dalam rantau Asia Tenggara.
Dalam pada itu, menurut Hassan, jika ASEAN ingin kekal berdaya saing dan menjadi destinasi utama pelaburan semikonduktor dan AI, pelaburan dalam penambahbaikan teknologi serta penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi perlu dijadikan keutamaan.
“Kita perlu tingkatkan bukan sahaja teknologi pembuatan, tapi juga dari segi infrastruktur dan ekosistem sokongan. Ini termasuk latihan tenaga kerja, kemudahan logistik dan insentif kepada pelabur," ujarnya lagi.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- ASEAN perlu memperkukuh infrastruktur dan keupayaan sektor pembuatan untuk menarik pelaburan strategik dalam semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).
- ASEAN memiliki tiga kekuatan utama: permintaan domestik tinggi, potensi pelancongan yang besar, dan peluang pelaburan dalam teknologi canggih, namun masih bergantung kepada tenaga buruh dalam sektor semikonduktor.
- Pelaburan dalam teknologi, latihan tenaga kerja berkemahiran tinggi, dan kerjasama strategik seperti dengan China penting untuk menjadikan ASEAN destinasi utama pelaburan berteknologi tinggi.