MALAYSIA
ASEAN perlu selaras pendekatan undang-undang, tangani ancaman secara adil - Azalina
Azalina menyarankan agar ASEAN mengiktiraf dan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif dalam menangani isu perdagangan dan perniagaan rentas sempadan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia memainkan peranan utama dalam memperkukuh kerjasama undang-undang serantau melalui penganjuran ASEAN Law Forum 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 Ogos ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, forum itu akan menghimpunkan menteri-menteri undang-undang dan kehakiman dari negara ASEAN bagi mencapai satu kenyataan bersama dalam kerjasama perundangan.
“Timbang tara antarabangsa, mediasi antarabangsa, keselamatan dalam talian dan jenayah siber, kecerdasan buatan (AI) dalam amalan guaman, pembaharuan undang-undang jenayah dan komersial, insolvensi rentas sempadan serta hak asasi manusia dalam perniagaan. Ini sebenarnya tajuk yang mempunyai persamaan dalam negara ASEAN.
“Tajuk-tajuk ini dipilih kerana ia mencerminkan cabaran bersama yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia seperti dalam isu AI dan penyelesaian pertikaian perniagaan tanpa melalui proses mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pra-Peluncuran Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Parlimen pada Isnin.
Dalam pada itu, Azalina menyarankan negara ASEAN mengiktiraf dan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif dalam menangani isu perdagangan dan perniagaan rentas sempadan.
"Masalah perniagaan boleh diselesaikan melalui penggunaan alternative resolution atau penyelesaian pertikaian di luar mahkamah, maksudnya bukan hanya dengan membawa kes ke mahkamah.
"Jadi apabila negara ASEAN berniaga sesama mereka, sama ada melibatkan syarikat atau kerajaan, jika berlaku percanggahan dalam beberapa perkara, mereka boleh pergi kepada platform mediasi antarabangsa atau timbang tara antarabangsa," ujarnya.
Mengulas lanjut, Azalina berkata, forum yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu turut menjadi platform untuk memperlihatkan kemajuan Malaysia dalam reformasi undang-undang termasuk pelaksanaan dasar-dasar baharu selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
“Selepas pembentangan RMK13, kita harap akan ada lebih banyak undang-undang baharu yang akan digubal demi kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.