MALAYSIA
ASEAN sedia pimpin Selatan Global dalam pertumbuhan mampan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi dan Kepimpinan (ELF) anjuran London School of Economics (LSE) di Sunway Universiti hari ini. - Foto Bernama
SUBANG JAYA: ASEAN boleh menetapkan penanda aras bagi pertumbuhan mampan di Selatan Global sekiranya dasar, perniagaan dan rakyat diselaraskan dengan masa depan rendah karbon, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ringkasan AI
Beliau berkata oleh kerana ASEAN dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, penting bagi rantau ini untuk lebih proaktif dalam kepimpinan iklim memandangkan ASEAN terdedah kepada risiko iklim ekoran jajaran pantai yang panjang iaitu 173,000 kilometer.
"Berlandaskan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, negara ini sedang menggiatkan inisiatif yang menjadikan kemampanan sebagai matlamat kolektif dan berdaya maju dari segi kewangan," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi dan Kepimpinan (ELF) di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- ASEAN berpotensi menjadi penanda aras pertumbuhan mampan di Selatan Global jika dasar, perniagaan dan rakyat diselaraskan ke arah masa depan rendah karbon.
- ASEAN dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, dan perlu lebih proaktif dalam kepimpinan iklim kerana terdedah kepada risiko iklim.
- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN sedang mempergiatkan inisiatif kemampanan yang bersifat kolektif dan berdaya maju dari segi kewangan.