MALAYSIA
ASEAN semakin disegani dunia, banyak negara ingin jadi rakan dialog - Tok Mat
Mohamad menjelaskan, semakin banyak negara menunjukkan minat untuk menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara, selain menjadi rakan dialog kepada ASEAN. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Penglibatan yang menggalakkan dalam kalangan negara-negara rakan dialog ASEAN sewaktu Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) jelas menunjukkan rantau ini semakin disegani dan mendapat kepercayaan kuasa-kuasa besar dunia.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia juga merupakan manifestasi terhadap kepimpinan Malaysia selaku pengerusi ASEAN bagi tahun ini.
Beliau menjelaskan, semakin banyak negara menunjukkan minat untuk menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara, selain menjadi rakan dialog kepada ASEAN.
“Inilah dia ASEAN … ASEAN seperti saya katakan tadi sudah mendapat kepercayaan kuasa-kuasa besar yang mana kita merupakan suatu rantau yang disegani, sebagai rantau yang aman, dan rantau yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang amat baik.
“Banyak negara-negara seperti yang saya sebutkan tadi bergantung dan menunggu (masa) nak sign Treaty of Unity atau TAC itu, sebagai langkah pertama untuk mereka untuk menjadi rakan kepada ASEAN.
“Jadi asasnya sekarang daripada dulu kita lima buah negara (ASEAN), sekarang dah jadi sepuluh dan bulan sepuluh nanti akan jadi sebelas buah negara (dengan penyertaan Timor Leste). Nak menjadi rakan dialog ni lagi ramai yang menunggu, sebagai rakan dialog sektoral pun ramai, dia akan jadi dan masuk sebagai dialog partners,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa sidang media penutupan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58, dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang berlangsung antara 8 hingga 11 Julai.
Malaysia telah mengadakan 15 mesyuarat dua hala, antara lain dengan Amerika Syarikat, China, Jepun, Kanada dan New Zealand, selain 21 mesyuarat melibatkan ASEAN dengan rakan dialog.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan terus memainkan peranan aktif dalam memupuk konsensus terhadap isu-isu yang menjadi kepentingan bersama.
Kehadiran rakan dialog dan rakan luar ASEAN dalam mesyuarat tahun ini, tegasnya lagi, menyerlahkan kedudukan ASEAN sebagai kuasa pemudah cara yang mampu menghimpunkan pemain serantau dan global di meja rundingan yang sama.
“ASEAN kekal teguh dalam merealisasikan Visi Komuniti ASEAN 2045 yang telah disahkan oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, dengan aspirasi untuk membina rantau yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berorientasikan rakyat.
“Sepanjang Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini, kami akan mengekalkan momentum positif ini dan memastikan suara ASEAN terus didengari dengan jelas di pentas antarabangsa, memanfaatkan kepentingan ASEAN yang semakin meningkat dan kuasa pemudah cara yang kukuh,” katanya.
Mohamad berkata, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan negara-negara anggota ASEAN lain untuk memposisikan ASEAN sebagai blok utama dalam landskap politik dan ekonomi global, dengan memanfaatkan kekuatan setiap anggotanya.