MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi

Deklarasi baharu itu merupakan penambahbaikan dan pembaharuan kepada Kuala Lumpur Declaration on Higher Education yang diterima pakai pada 21 November 2015 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.
LANGKAWI: Negara-negara anggota ASEAN secara sebulat suara menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi di Langkawi pada Khamis.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, deklarasi itu memperbaharui dan memperkukuh Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi yang diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 pada 21 Nov 2015 di Kuala Lumpur.
“Malaysia telah mengemukakan sebuah nota yang disebut ‘concept note’ kepada anggota ASEAN.
“Nota itu kemudian akan dicadangkan kepada Sekretariat ASEAN untuk dibawa ke perbincangan ketua-ketua negara ASEAN dalam mesyuarat mereka pada Oktober nanti," katanya pada sidang media selepas Sesi Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN di Langkawi hari ini.Dokumen yang dikemas kini itu kini dikenali sebagai ASEAN Leaders’ Declaration on Higher Education: Towards an Inclusive, Sustainable, and Prosperous ASEAN.
Deklarasi ini berfungsi sebagai pelan induk (blueprint) baharu bagi pendidikan tinggi serantau dalam mendepani cabaran masa hadapan, khususnya dalam memperkukuh kerjasama, inklusiviti, kelestarian, dan kemakmuran bersama dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami