NATIONAL
ASEAN2025: Vietnam mahu perkukuh kerjasama pendidikan dengan Malaysia – Pham Minh Chinh
Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh hadir pada syarahan umum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada Rabu. - Foto Astro AWANI
BANGI : Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh menegaskan komitmen Vietnam untuk memperkukuh kerjasama pendidikan dan pembangunan modal insan bersama Malaysia.
Ringkasan AI
Beliau menyatakan Malaysia sebagai rakan utama dalam merealisasikan visi bersama ke arah tenaga kerja ASEAN yang berkemahiran dan bersedia secara digital, menyifatkan pendidikan sebagai tonggak strategik pembangunan negaranya, selaras dengan sasaran Vietnam untuk tersenarai dalam 20 negara terbaik dunia dalam bidang pendidikan menjelang 2045.
Chinh turut menekankan kepentingan penyelidikan dan inovasi sebagai pelaburan masa hadapan negara, dengan menyatakan bahawa kerjasama yang erat dan perkongsian kepakaran antara institusi pendidikan kedua-dua negara akan melonjakkan pembangunan bakat serta memperkukuh hubungan antara rakyat.
“Keupayaan penyelidikan, inovasi—apabila kita bekerjasama lebih erat, kepakaran yang dikongsi akan meningkatkan lagi kerjasama. Kita terus berusaha untuk melahirkan bakat-bakat cemerlang, apa yang kita lakukan ini akan mengukuhkan hubungan antara rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam syarahan umum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada Rabu.
Beliau turut mengangkat nilai perpaduan dan solidariti serantau sebagai asas kepada kekuatan ASEAN, dan menyeru negara anggota untuk mempertahankan kepelbagaian serta memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam proses pembangunan.
“Kita harus mempertahankan kepelbagaian dan memastikan ASEAN kekal berpusat dengan semangat ‘tiada siapa yang tertinggal’. Saya percaya semua ini tercapai kerana kita mampu mengekalkan solidariti,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Chinh turut menghargai termeterainya memorandum persefahaman antara UKM dan dua universiti utama di Vietnam, iaitu Universiti Hanoi dan Universiti Ho Chi Minh, sebagai langkah penting ke arah pemerkasaan sumber manusia dan pembangunan penyelidikan bersama.
“Kita menghargai memorandum persefahaman (MoU) antara UKM dengan dua universiti utama di Vietnam. Ini membuka jalan kepada pembangunan sumber manusia yang berkualiti tinggi dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang penyelidikan dan inovasi,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Vietnam menganggap Malaysia sebagai rakan utama dalam membangunkan tenaga kerja ASEAN yang berkemahiran dan bersedia secara digital, dengan sasaran Vietnam untuk berada dalam 20 negara terbaik dunia dalam pendidikan menjelang 2045.
- Kerjasama erat dalam penyelidikan dan inovasi antara institusi pendidikan kedua-dua negara akan membantu pembangunan bakat serta memperkukuh hubungan antara rakyat.
- MoU antara UKM dan dua universiti utama VietnamUniversiti Hanoi dan Universiti Ho Chi Minhdilihat sebagai langkah penting dalam pemerkasaan sumber manusia dan pembangunan penyelidikan bersama.