MALAYSIA

ASEAN25: Gangguan trafik dijangka sempena Pemukiman Menteri Luar

Luqman Hariz 01/07/2025 | 06:33 MYT
Menurut Kementerian Luar, gangguan dijangka bermula pada 4 Julai 2025 dalam radius satu kilometer dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI
Aliran trafik di ibu negara dijangka mengalami gangguan semasa penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai ini.

Ringkasan AI
  • Aliran trafik di Kuala Lumpur dijangka terganggu bermula 4 Julai sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dari 8 hingga 11 Julai, melibatkan kawasan sekitar KLCC dan beberapa jalan utama.
  • Wisma Putra memaklumkan kawalan trafik akan dilaksanakan bagi menjamin kelancaran mesyuarat dan keselamatan delegasi, manakala maklumat laluan terlibat akan diumumkan oleh PDRM dalam masa terdekat.
  • AMM merupakan platform penting bagi perbincangan dasar serantau dan antarabangsa, serta memperkukuh kerjasama ASEAN; ini kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah selepas penganjuran di Langkawi pada Januari lalu.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), gangguan trafik dijangka bermula seawal 4 Julai, melibatkan kawasan dalam radius satu kilometer dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Beberapa lebuh raya dan jalan utama yang menghubungkan pintu masuk ke ibu negara turut dijangka terjejas.
Wisma Putra menjelaskan bahawa kawalan trafik akan dilaksanakan bagi menjamin kelancaran perjalanan mesyuarat serta keselamatan semua delegasi yang hadir.
Maklumat lanjut mengenai laluan yang terlibat dan penutupan jalan akan diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.
Dalam kenyataan yang sama, Wisma Putra turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang awam dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
Mesyuarat AMM merupakan perhimpunan tahunan melibatkan Menteri-Menteri Luar dari sepuluh negara anggota ASEAN, serta Timor Leste sebagai negara pemerhati.
Ia menjadi platform penting untuk perbincangan dasar serantau dan antarabangsa, selain memperkukuh kerjasama serantau dan memperkasakan Komuniti ASEAN.
Ini merupakan kali kedua AMM dianjurkan di bawah kepengerusian Malaysia, selepas kali pertama berlangsung di Langkawi, Kedah pada 18 dan 19 Januari lalu.
#AMM #ASEAN25 #ASEAN 2025 #penutupan jalan