awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Donut Lab perkenal bateri keadaan pepejal, cas penuh sepantas 5 minit
KPM kaji semula keperluan kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
Threads uji permainan ringkas dalam fungsi DM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN25: Malaysia perkukuh kepimpinan AI serantau melalui AAIMS25

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
07/08/2025
04:30 MYT
ASEAN25: Malaysia perkukuh kepimpinan AI serantau melalui AAIMS25
Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 (AAIMS25) bakal berlangsung pada 12 dan 13 Ogos di MITEC, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai peneraju serantau dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi penganjuran Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 (AAIMS25) yang bakal berlangsung pada 12 dan 13 Ogos di MITEC, di sini.
Sidang kemuncak itu dijangka menghimpunkan lebih 1,500 delegasi dari negara ASEAN, Timor-Leste dan rakan dialog, dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau mengenai dasar, kepercayaan digital dan pembangunan AI secara bertanggungjawab.
Menurut Ketua Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) Shamsul Izhan Abdul Majid, acara ini turut menampilkan program seperti AI Code Fest dan sesi pemikiran strategik bersama pakar AI global.
“Penganjuran ini bukan sekadar simbolik, tetapi bukti komitmen Malaysia untuk memimpin dialog dan tindakan AI di peringkat rantau.
"Sebagai badan penyelaras utama dasar AI negara, NAIO memainkan peranan penting dalam memacu pelaksanaan Pelan Tindakan AI Nasional 2030," katanya.
Tambah beliau, inisiatif utama termasuk pembangunan kerangka etika dan peraturan AI, peta hala tuju teknologi AI 2026–2030 dan pelaporan trend nasional AI bagi sektor-sektor utama.
Pelan tersebut juga diiktiraf sebagai antara strategi radikal dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dengan pendekatan 'whole-of-nation' yang menggabungkan dasar, teknologi dan pembangunan bakat tempatan.
Fokus utama adalah menjadikan Malaysia bukan sahaja pengguna, tetapi juga pencipta teknologi AI bertaraf dunia.
Matlamat akhir inisiatif ini adalah untuk memastikan manfaat AI dirasai secara langsung oleh rakyat, melalui peningkatan kualiti perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan dan sektor makanan.
Ia turut membuka ribuan peluang pekerjaan baharu serta memperluas celik AI dalam kalangan masyarakat, termasuk komuniti luar bandar.
“Prinsip kami jelas. AI mesti bersifat inklusif, meningkatkan taraf hidup dan mencerminkan nilai-nilai Malaysia,” tambah Shamsul ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Khamis.
Topic Berkaitan
#ASEAN AI Summit
#NAIO
#Shamsul Izhan Abdul Majid
#Sidang Kemuncak AI ASEAN
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan