MALAYSIA
ASEAN25: Pengiktirafan global bukti kemajuan Malaysia, bukan soal individu - PM
Anwar berkata, kehadiran Trump secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan kepada negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia, termasuk kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, adalah bukti pencapaian negara secara menyeluruh.
Ringkasan AI
Menurut beliau, ini bukan soal Perdana Menteri yang menjadi ketua kerajaan semata-mata, sebaliknya peluang untuk menunjukkan pembangunan dan kemampuan yang telah dicapai oleh Malaysia kepada dunia.
"Bukan soal Perdana Menteri Malaysia sahaja. Lebuh raya kita hebat, pembangunan kita hebat. Itu satu dunia perhatikan.
"Bererti itu kebanggaan. Sebagai anak Malaysia saya bangga kerana liputan (media) puluhan juta melihat. Tentang kejayaan kita, jalan raya kita disebut di situ dan juga tentang pembangunan dan juga jasa kita dalam soal perdamaian Thailand dan Kemboja," kata beliau di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut merujuk kepada pengiktirafan yang diberikan oleh Trump terhadap peranan Malaysia sebagai perantara dalam konflik serantau.
“Presiden Trump sendiri akui, Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha mediasi. Itu bukan perkara kecil,” ujar beliau.
Sementara itu, Anwar turut menyeru agar rakyat tidak terjebak dengan naratif negatif yang dimainkan oleh pihak tertentu yang kecewa atau iri hati dengan pencapaian negara, sebaliknya bersama-sama membina masa depan Malaysia.
"Apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana nama kita harum. Nama Malaysia harum dan ini kalau lihat dalam sejarah. Ini ulung kali berlaku.
"Gunalah kesempatan ini untuk bangunkan negara. Janganlah rasa sakit hati kerana kejayaan negara. Ini kejayaan negara. Perdana Menteri boleh datang dan pergi. Perdana Menteri, saya tegaskan semula... Perdana Menteri boleh datang dan pergi, naik dan jatuh... tapi negara mesti diangkat," katanya.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri menegaskan bahawa pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia, termasuk kehadiran Presiden AS Donald Trump, mencerminkan pencapaian negara secara menyeluruh dalam aspek pembangunan, infrastruktur dan peranan diplomatik.
- Anwar menyatakan bahawa Malaysia mendapat perhatian global bukan hanya kerana kepimpinan semasa, tetapi kerana kejayaan negara dalam pelbagai bidang termasuk usaha perdamaian serantau seperti konflik Thailand-Kemboja.
- Beliau menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan naratif negatif pihak tertentu, sebaliknya memanfaatkan peluang pengiktirafan ini untuk terus membina masa depan negara secara bersama dan bersatu.