awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN-Korea Train dilancar, disasar perkukuh kerjasama dengan Asia Tenggara

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/10/2019
01:15 MYT
ASEAN-Korea Train dilancar, disasar perkukuh kerjasama dengan Asia Tenggara
Antara 200 peserta delegasi Asia Tenggara memulakan perjalanan tiga hari menggunakan kereta api khas ke beberapa lokasi di Korea Selatan. -Astro AWANI/Madiha Mohamad
Kira-kira 200 peserta delegasi dari 10 buah negara Asia Tenggara memulakan perjalanan tiga hari menggunakan kereta api khas ke beberapa lokasi di Korea Selatan, bermula Rabu.
Program ASEAN-Korea Train anjuran Kementerian Luar Negeri Korea Selatan dengan kerjasama ASEAN-Korea Centre (AKC) ini menyaksikan peserta mengambil bahagian dalam sesi dialog ekonomi, kebudayaan dan keamanan di Gyeongju, Busan, Suncheon Gwangju dan Seoul.
"Republik Korea, dengan Dasar Selatan Baharu yang dilancarkan, berharap hubungan dengan Asia Tenggara akan melangkaui batas sempadan dan lebih berorientasikan hubungan dan rasa hormat antara satu sama lain.
"Kami juga berharap dapat memperluaskan kerjasama perniagaan industri kecil dan sederhana yang secara tidak langsung merupakan nadi utama pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara dan Republik Korea," kata Menteri Industri Kecil dan Sederhana Korea Selatan, Park Young-sun, pada majlis perasmian, di sini, pada Rabu.
Acara dengan tema Advancing Together ini juga memulakan countdown 40 hari menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-ROK 2019 yang bakal berlangsung di Busan, 25 dan 26 November depan.
Sidang kemuncak itu yang akan meraikan hubungan 30 tahun antara Republik Korea dan Asia Tenggara akan mempromosikan kerjasama dalam semua bidang berdasarkan nilai 3P iaitu People, Prosperity dan Peace.
Topic Berkaitan
#AKC
#ASEAN-Korea Centre
#ASEAN-Korea Train
#Dasar Selatan Baharu
#Kementerian Luar Negeri Korea Selatan
#Sidang Kemuncak ASEAN-ROK 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan