KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.1 bilion (AS$1=RM4.2350) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$732.2 juta pada akhir Jun 2021, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam kenyataan pada Jumaat, bank pusat itu berkata, butiran terperinci rizab antarabangsa itu adalah mengikut format 'Special Data Dissemination Standard' (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain serta prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk 12 bulan akan datang.
"Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing apabila matang adalah berjumlah AS$5.59 bilion. Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing BNM.
"Kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$7.79 bilion manakala jumlah kedudukan hadapan panjang adalah sebanyak AS$730 juta pada akhir bulan Jun 2021, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," kata bank pusat itu menerusi kenyataan Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada akhir Jun 2021 yang dikeluarkan pada Jumaat.
Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data tersebut tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek yang berjumlah AS$2.35 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang, katanya.
Menurut BNM, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang matang dalam tempoh setahun berjumlah AS$389.1 juta.
"Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," kata bank pusat itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing apabila matang adalah berjumlah AS$5.59 bilion, kata Bank Negara Malaysia. - Gambar fail
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$109.71 bilion pada akhir November - BNM
Bank Negara Malaysia turut menjelaskan, aset mata wang asing lain berjumlah US$4.9 juta.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.23 bilion pada akhir Oktober - Bank Negara
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.23 bilion pada akhir Oktober 2022.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$108.24 bilion pada akhir Ogos - BNM
Sehingga akhir Ogos 2022, aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.3 juta.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.1 bilion
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.1 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$732.2 juta pada akhir Jun 2021.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$104.41 bilion pada akhir Ogos
Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia setakat 31 Ogos, 2020 berjumlah AS$104.41 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).